NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Berita Tergempak..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Dewi_Dahliah
Members
Members


Number of posts : 139
Age : 29
Localisation : S'pore n Johor
Registration date : 2007-04-06

PostSubject: Berita Tergempak..   Mon Jan 21, 2008 12:20 pm

'Awak tak tahu, anak awak dah hilang dara'?

Doktor wanita buat rumusan melulu sedangkan punca sebenarnya hanya jangkitan cacing.

Oleh DEWANI ABBAS
dewani@sph.com.sg

Cil Linda begitu sedih dan terperanjat apabila anak perempuanya yang baru berusia sembilan tahun dikatakan "telah hilang dara" oleh seorang doktor wanita di klinik yang dilawatinya minggu lalu.

Tergamam dek rumusan itu sedangkan yang diadukan ialah sakit tekak dan kegatalan di kemaluan yang dialami anaknya. Cik Linda (nama samaran), tidak berkata apa-apa.

Malah, mulutnya seperti terkunci walaupun doktor melepaskan beberapa kata yang dianggap kasar oleh Cik Linda hingga beliau rasa terhina.
Ini seperti, "This is your daughter, right! And you don't know what has happen to her?" (Ini anak awakkan? Awak tak tahu apa yang dah terjadi di atas dirinya?)

Cik Linda, 39 tahun, ketika itu datang ke klinik tersebut yang terletak di Woodlands berhadapan dengan sebuah stesen MRT, bersama anak perempuannya dan seorang anak lelakinya. Suaminya tidak ikut sama.

Tidak yakin dengan dapatan doktor tersebut, Cik Linda dan suaminya kemudian membawa anak mereka ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) keesokan harinya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Mentelah pula, ubat yang diberikan doktor dari klinik berkenaan semkain membuatkan rasa gatal anaknya menjadi-jadi sehingga dia menangis minta dihapuskan krim antikulat yang disapukan itu.

Di KKH, selepas pemeriksaan rapi, didapati yang dihidapi anak perempuan Cik Linda sebenarnya ialah penyakit jangkitan cacing benang atau cacing rambu (pinworm disease)Tida puas hati dengan rumusan doktor wanita itu dan layanan buruk yang diterima, Cik Linda kembali menemui doktor tersebut di klinik yang sama dua hari kemudian untu menerangkan tantang rumusannya yang salah.
Hasil pertemuan itu, didapati doktor wanita itu ialah doktor sambilan berdaftar yang sudah pun berusia 69 tahun.

Berambut pendek dan berbadan agak gempal, doktor yang tidak kami namakan di sini telah bertugas di klinik itu sejak kira-kira empat tahun lalu dan datang sekali atau dua kali sebulan.

Terdahulu, Cik Linda juga telah menemui doktor residen yang berkhidmat di situ, Dr Tan (bukan nama sebenar) untuk membuat pengaduan dengan diiringi wartawan Berita Minggu.

Dr Tan, 35 tahun, menyatakan bahawa sebelum ini beliau memang telah mendengar beberapa aduan mengenai doktor wanita tersebut dan menyifatkannya sebagai masalah sikapnya.

"Kami telah memintanya supaya ubah caranya. Bagaimanapun, kami tetap menggunakan khidmatnya kerana kekurangan staf", kata Dr Tan, yang kelihatan bingung bagaimana menangani kes itu.

Semasa ditemui, selepas mendengar aduan Cik Linda yang kali ini leibh berani meluahkan perasaannya, doktor wanita itu memohon maaf.
"Saya dah jadi doktor selama 40 tahun dan saya sudah lihat penyakit kelamin. Jadi, saya hanya mahu pastikan 'tiada perkara lain' yang menjejas anak awak."

"Saya minta maaf kepada awak dan terkejut awak menerima kata-kata saya begitu sebab saya tak berniat nak buat awak susah hati."
"Kami memang cuba untuk melakukan yang sebaik mungkin tetapi kami mungkin kurang pengalaman, tidak seperti doktor di KKH dan juga kami lebih banyak rawat pesakit dewasa."

"Saya pun belum pernah dengar tentang penyakit pinworm," katanya, yang bercakap dengan nada perlahan, berbrza dengan caranya yang kasar semasa pertama kali ditemui Cik Linda.





Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/131741550
ninja_asuka
Members
Members


Number of posts : 165
Age : 26
Localisation : Singapore
Registration date : 2007-08-13

PostSubject: Re: Berita Tergempak..   Tue Jan 22, 2008 10:46 am

Sedih pun ade, klakar pun ade...dunia memang dah nak kiamat lah agaknye
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/sakoto
 
Berita Tergempak..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NB OFFICIAL FORUM :: NB FORUM :: FANS area..-
Jump to: