| JOM MASAK!!! | |
|
|
Author | Message |
---|
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz


Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
 | Subject: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 3:34 am | |
| ok zee bukak topic ni so nbianz leh lah share ape2 resepi masakan kegemaran or what ever lah ek...yer lah selain muzik ape salah nyer kita share benda lelain kan??? as permulaan biar zee yg mula kan dulu ek... okok mari zee share resepi kegemaran zee dan mungkin kegemaran nbianz yg lain....
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-Bahan: ikan pari gm bendir 2 batang serai, dititik 2 kuntum bunga kantan(optional) 4 - 6 helai daun kesum Sedikit minyak untuk menumis Sedikit air asam jawa Garam secukupnya
Bahan-bahan digiling/dikisar halus:
15 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih halia sebesar ibu jari
Cara:
Ikan disiang dan dicuci bersih(cuci dgn limau sambal dan garam). Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan(optional) dan garam. Kacau rata...biarkan mendidih lagi 5 mint gitu... mati kan api dah siap dah asam pedas ikan pari... so selamat mencuba lah ek
p/s: skema nyer aku tuleh... emm dah mcm forum ibu2 gitu....
p/s: ok abg ristoe... zee dah bukak topic masak2 ni
Last edited by eR_z on Thu Apr 10, 2008 3:54 am; edited 1 time in total |
|
 | |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz


Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 3:49 am | |
| Begedil Daging
Bahan2:
1 pck kentang kuning – di potong dan di goreng dulu sebelum di tumbuk atau di blend ( jangan pakai air). Kalau nak boleh juga di rebus kentang dan kemudian gunakan smasher kurang berminyak tapi lah power sgt lah rasanyer.... 150 gm daging kisar (lembu, kambing atau ayam) – digoreng dulu supaya kering sedikit, boleh gunakan sedikit minyak. Kemudian tumbuk sedikit supaya pecah. Bawang goreng Daun sup dan daun bawang di hiris 1 biji telur ayam – di pukul[size=7]
Bahan2 di tumbuk:
garam secukup rasa halia sikit aje 2 biji bawang putih sedikit lada putih
Cara:
Masukan daging, bahan2 yang telah di tumbuk tadi dan daun sup/daun bawang ke dalam kentang yang telah goreng (di tumbuk) atau di rebus (smash) Gaul rata. Bulatkan, baru di celupkan ke dalam telur dan goreng. dah siap dah... so selamat memcube yerr....
nota kecil: ]Selain dari daging lembu, kambing atau ayam kita juga boleh gunakan yang telah di goreng .
|
|
 | |
Ristoe NB Drummer


Number of posts : 536 Age : 35 Localisation : Kuala Lumpur, Malaysia Registration date : 2007-08-14
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 3:59 am | |
| Kek batik biskut marie
Bahan-bahan ( loyang 7/8" ) • 1 bungkus (350g) biskut marie • Setengah buku butter • 2 biji telur • 1 cwn serbuk koko • 1/2 cwn milo • 1 cwn air • 3/4 cwn gula • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko Cara-cara 1. patah2kan biskut 2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut 3. masukkan butter,kacau sampai butter cair 4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api 5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...) 6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang |
|
 | |
Ristoe NB Drummer


Number of posts : 536 Age : 35 Localisation : Kuala Lumpur, Malaysia Registration date : 2007-08-14
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 4:05 am | |
| SUP ‘GEAR BOX’
Bahan stok 2 kg tulang lembu (sendi) bersum-sum 3 cm halia, diketuk 1 camb lada hitam, ditumbuk kasar 1 camt garam kasar 2.5cm kiub gula batu 2 biji tomato, dihiris 8 1 batang salderi, dihiris 3 cm 5 liter air
Bahan dikisar: 1 labu bawang besar 8 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 3 cm halia 2 camt serbuk jintan manis 1 camt serbuk lada hitam
Rempah tumis: 7 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 6 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga
Bahan sampingan 100 ml minyak 2 bunjut Rempah Sup Tulang 2 camb sos tiram garam secukup rasa jus 1 biji limau nipis, jika suka
Bahan hiasan bawang goreng hirisan daun bawang hirisan daun sup
Jerang bahan stok hingga menggelegak, perlahankan api dan masak selama 5-6 jam. Tambah air jika perlu. Bila air rebusan tinggal 3 liter, tapiskan ke dalam mangkuk besar. Asingkan semua bahan kecuali tulang sum-sum tadi. Panaskan minyak, bubuh rempah tumis dan bahan kisar, kacau hingga wangi. Masukkan air rebusan tadi, tulang, rempah bunjut, sos tiram dan garam. Bila mendidih semula, angkat dan campurkan dengan jus limau (jika suka). Sajikan dengan bahan hiasan. |
|
 | |
Ristoe NB Drummer


Number of posts : 536 Age : 35 Localisation : Kuala Lumpur, Malaysia Registration date : 2007-08-14
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 4:07 am | |
| HOR FUN
500 g hor fun (mee tebal yg nipis atau gantikan dengan kuay teow) 1 camb kicap pekat 1 camt minyak 2 camt kicap cair 2 biji cili merah 250 g isi ikan, dihiris nipis 200 g dada ayam, dihiris nipis 200 g daging, direbus dan dihiris nipis 4 tangkai choi sum (kubis Cina berbunga) garam, serbuk lada sulah secukupnya 3 ulas bawang putih, dicincang halus 1 camt tepung jagung } dicampur, bahan pemekat 60 ml air } 300 g udang sederhana, dibuang kulit 300 ml air rebusan ayam Cara membuatnya
1. Untuk Hor Fun: Panaskan minyak di atas api kuat, goreng hor fun sebentar dengan kicap pekat. Angkat dan ketepikan. Jika kuali tidak cukup panas, hor fun akan melekat. 2. Untuk kuah: Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan air rebusan ayam dan biar hingga mendidih. 3. Masukkan daging, ayam, udang, choi sum dan ikan. Tambah garam, serbuk lada sulah, kicap cair. Kacau rata. 4. Tuangkan bahan pemekat dan kacau cepat-cepat hingga kuahnya pekat. Angkat dan tuangkan ke atas hor fun tadi. 5. Sajikan dengan cili jeruk. |
|
 | |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz


Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 4:08 am | |
| emmm.... zee penah try kek batik biskut marie tu tapi tak bape nak jadi..... |
|
 | |
Ristoe NB Drummer


Number of posts : 536 Age : 35 Localisation : Kuala Lumpur, Malaysia Registration date : 2007-08-14
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 4:10 am | |
| CENDAWAN CHEESE OMELETTE
Bahan-bahan 4 biji telur cheddar shredded Cheese button mushroom black pepper powder 1 susu makan susu cair Cara-cara Potong button mushroom - sederhana tebal. Pecahkan telur, campur sedikit susu cair atau susu segar. Kacau rata (macam telur dadar). Panaskan kuali (letak minyak sedikit sahaja tapi rata satu kuali). Dah panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jangan api besar.Jangan terbalikan telur. Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagianatas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua. Taburkan black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak |
|
 | |
phyerousze Members


Number of posts : 805 Localisation : Earth Registration date : 2007-10-26
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 4:12 am | |
| |
|
 | |
Ristoe NB Drummer


Number of posts : 536 Age : 35 Localisation : Kuala Lumpur, Malaysia Registration date : 2007-08-14
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 4:15 am | |
| AYAM PERCIK
1 ekor ayam, kelar dada dan paha 1 liter santan (2 kelapa) 2-3 camb pes cili 1 cm belacan 1 camt halba 2 kpg asam gelugur 1 camt gula garam secukupnya
Bahan Kisar 8 biji bawang merah 2 cm halia 3 cm kunyit 2 cm lengkuas 2 batang serai
Jerang semua bahan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih. Bila kuah setengah pekat, keluarkan asam gelugur. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga 3/4 masak. Biar kuah atas api perlahan. Panggang ayam dan percikkan kuah di atasnya. Bila ayam masak, sajikan dengan kuahnya tadi. |
|
 | |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz


Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 4:16 am | |
| ni lakz resepi asalnye zee penah masak ni kes malam2 lapar lah tapi tak sangka bila tgk kan net ada gak lah ek
Nasi Goreng Sadin
Bahan-Bahan: Nasi (2 pot) 1 tin kecil sardin 3 ulas bawang putih-tumbuk atau kisar 2 ulas bawang kecil-tumbuk atau kisar 2 sudu cili kisar
kacang panjang dipotong kecil 1 batang lobak merah dipotong dadu sedikit gula sedikit garam sedikit asam jawa(optional)
Cara: tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau perahkan sedikit asam jawa, garam dan gula masukkan sardin dan hancur-hancurkan sardin tersebut masukkan nasi, kacang panjang dan lobak merah. gaul hingga sebati. sedia untuk dihidangkan
|
|
 | |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz


Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 4:17 am | |
| fairuz: hehehee.... ape2 aje lah ek |
|
 | |
Ristoe NB Drummer


Number of posts : 536 Age : 35 Localisation : Kuala Lumpur, Malaysia Registration date : 2007-08-14
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 4:21 am | |
| AYAM SOS OREN/LEMON
Bahan 400 gm ayam tanpa tulang, dipotong ke 2 kepingan sama 2 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI lada sulah secukup rasa 1 biji telur, dipukul sedikit 1 cawan tepung jagung (auntuk menyalut ayam) minyak untuk goreng terendam 2 ulas bawang putih (cincangkan)
A 1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji] 1 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI 1 c/k gula atau secukup rasa 1 s/k minyak bijan (jika suka) 2 s/k tepung jagung dicampur dengan 2 s/b air 1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon] 2 biji tomato, dipotong berbaji pasli & cili merah
Cara 1. Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam. Perapkann ayam dengan Pati MAGGI dan lada hitam selama 10 minit.
2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung Goreng terendam ayam hingga kekuningan dan tuskan.
3. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 s/besar dalam kuali.
4. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak hingga mendidih.
5. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung.
6. Potong ayam ke kepingan yang disukai dan senduk sos ke atasnya. Hias dengan hirisan oren, tomato, pasli dan cili. |
|
 | |
eylla89 Members


Number of posts : 1447 Age : 29 Localisation : pee jay n sg petani, kdh Registration date : 2007-06-14
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 9:48 am | |
| abg ristoe>>> mmg suke masak ke?? byk resepi memasak..... kak zee>>> ini y ble balik kl nk suruh mak wat begedil... tpi mesti at last eylla kne wat begedil sendiri..mak bz.... ade skali 2 mak kelam kabut nk masak begedil, mak x celup dlm telur...so jadi r nuget...kebetulan lak ari 2 eylla terlebih masukkn ayam..hehehe ermmm...da lme x rasa masakn mak... |
|
 | |
-Ria Jelita - Members


Number of posts : 52 Age : 31 Registration date : 2008-03-04
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 9:59 am | |
| Chilli Crab (S'pore)
1kg ketam Serbuk kunyit Garam Minyak untuk mengoreng
Bahan-Bahan A:
Chiili kering (rendam dan kisar) Bawang besar Bawang putih 1cm halia 1 tangkai serai
Bahan-Bahan B:
2 sudu makan sos tiram 3 sudu makan sos chilli 4 sudu makan sos tomato Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
Gaulkan ketam dengan kunyit dan garam. Gorengkan ketam dengan menggunakan minyak yang sama (minyak menggoreng ketam). Tumis bahan A hingga wangi. Masukkan bahan B. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan ketam yang di goreng. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. |
|
 | |
-Ria Jelita - Members


Number of posts : 52 Age : 31 Registration date : 2008-03-04
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 10:05 am | |
| Sandwich Ayam
1/2 buku roti sandwich 1 cawan daging ayam (dicincang) 4 sudu besar Salad Cream 1 sudu besar mentega (dicairkan) Sedikit garam dan black pepper
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sehingga rata. Ratakan bahan tadi ke atas sekeping roti yang telah disapu mentega. Letakkan sekeping lagi roti, buangkan kulitnya dan potong ikut suka. |
|
 | |
-Ria Jelita - Members


Number of posts : 52 Age : 31 Registration date : 2008-03-04
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 10:22 am | |
| Tahu Goreng (S'pore) 10 keping tahu Timun 2 batang dihiris nipis 200gm taugeh dicelur Minyak untuk mengoreng Tumbuk: 600gm kacang tanah digoreng tanpa minyak 15 biji cili padi 15 ulas bawang putih Perasa: 4-6 camca besar gula melaka 5 camca besar kicap pekat 3 camca besar cuka ataupun Asam jawa secukup rasa Air panas secukupnya Cara-caranya: Kisar bawang putih, cili padi sehinnga lumat bersama kacang. Letak dalam mangkuk dan gaulkan gula melaka, kicap pekat ataupun cuka secukup rasa. Tambahkan air. Kuahnya mesti cukup manis, pedas dan masam. |
|
 | |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz


Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 10:40 am | |
| cili crab must cube... ni lah lagi satu hidangan istimewa spore |
|
 | |
eylla89 Members


Number of posts : 1447 Age : 29 Localisation : pee jay n sg petani, kdh Registration date : 2007-06-14
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 10:42 am | |
| kak zee>>> masak r utk eylla.. then post ke kedh... heheheh |
|
 | |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz


Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 10:47 am | |
| post kat kedah ek??? hehehe... by the time smp aje adik dpat bekas kosong coz dimakan dik posman |
|
 | |
-Ria Jelita - Members


Number of posts : 52 Age : 31 Registration date : 2008-03-04
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 10:56 am | |
| Di M'sia ada tak makanan 'Gado-Gado'? |
|
 | |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz


Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 10:58 am | |
| tapi at time kat jb aje ada makanan dari spore |
|
 | |
-Ria Jelita - Members


Number of posts : 52 Age : 31 Registration date : 2008-03-04
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 11:03 am | |
| eR_z ----> Awak pernah cuba 'Gado-Gado'? |
|
 | |
Qu33n^eRz33 V.I.Nbianz


Number of posts : 3497 Registration date : 2007-03-20
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 11:08 am | |
| penah.. gakz dier kan mcm tahu goreng kan tapi ada tempe dan keropok .... |
|
 | |
-Ria Jelita - Members


Number of posts : 52 Age : 31 Registration date : 2008-03-04
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 11:20 am | |
| Gado-Gado
Bahan untuk kuah:
600 gm kacang tanah, goreng sehingga garing dan ditumbuk kasar 1 sudu asam, digaulkan dengan 1 cawan air dan tapis 4 sudu makan atau lebih gula tanjung 30 biji lada kering 15 biji bawang merah 6 biji bawang putih 1 ibu jari lengkuas dikisar halus 4 batang serai 2 atau 3 biji cekur Sedikit minyak untuk menumis Garam secukup rasa
Bahan-Bahan lain:
2 bungkus lontong, direbus dan setelah sejuk, potong dadu 2 keping tahu, dipotong dadu dan digoreng 3 keping tempe dipotong dadu dan digoreng 10 batang kacang panjang, potong 1/2 jari dan rebus 1 biji timun dihiris 6 biji telur direbus dan dibelah dua 300 gm tauge, dicelur dan ditoskan 1/2 kobis dirampai Keropok ikan
Cara-Cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Bila naik minyak masukkan kacang tanah dan sedikit air. Gaul rata. Apabila mendidih tuangkan air asam, masukkan gula dan garam. Tunggu sehingga kuahnya mendidih, kemudian matikan api. Kuah gado-gado sedap rasanya, jika manis sedikit.
Cara Menghidang:
Atur dalam pinggan, sayur-mayur serta tempe dan tahu goreng. Tuangkan kuah dan hiaslah dengan sebelah telur rebus dan keropok ikan. |
|
 | |
-Ria Jelita - Members


Number of posts : 52 Age : 31 Registration date : 2008-03-04
 | Subject: Re: JOM MASAK!!! Thu Apr 10, 2008 11:22 am | |
| eR_z ----> Yup Gado-gado ni saudara dengan tahu goreng cuma bezanya ada tempe dan keropok.. |
|
 | |
Sponsored content
 | Subject: Re: JOM MASAK!!!  | |
| |
|
 | |
| JOM MASAK!!! | |
|