NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 TOMOK OIAM3

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1 ... 17 ... 31, 32, 33, 34  Next
AuthorMessage
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Sun Jun 21, 2009 3:49 pm

makashe auw...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
ijut



Number of posts : 15
Age : 29
Localisation : anywhere in Malaysia
Registration date : 2009-04-27

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Sun Jun 21, 2009 6:29 pm

sweetie queen...tq for updating the add lead to tom's latest perf...yeaaah...rindu ku terhenti..manusia teknologi robat..MANTERA...tom is busy right now...mmmm...ZZzzzzzzzz...
Back to top Go down
View user profile http://tomokmusic4u.blogspot.com
Edda
Members
Members


Number of posts : 304
Age : 30
Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr
Registration date : 2009-06-17

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Mon Jun 22, 2009 2:34 am

Wah,eda x tgk konsert inspirasi 2,leh la tgk youtube.thanx u,
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/399997975
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Mon Jun 22, 2009 4:13 am

hmmm akak edda kne ucap trime ksh kt misz v.i,nbianz ea...

misz tye yg upload dlm forum nie laa...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
Edda
Members
Members


Number of posts : 304
Age : 30
Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr
Registration date : 2009-06-17

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Mon Jun 22, 2009 5:32 am

Ye. .time kasih byk2,
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/399997975
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Mon Jun 22, 2009 11:00 am

Tomok, Monkeybone berkrisis?

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my


TOMOK dan Isma kini merupakan produk realiti TV yang mengharungi realiti dunia muzik tempatan masa kini.


TAHUN 2009 merupakan tahun yang amat bermakna bagi adik-beradik
Tomok dan Ismaliza Ismail (Isma). Tomok yang sebelum ini kurang
dikenali semasa bersama kumpulan New Boyz kini popular selepas diangkat
sebagai juara One In A Million musim ketiga (OIAM 3).
Kakaknya, Isma pula yang merupakan isteri kepada komposer dan
penyanyi, Zul 2By2 menjadi peserta wanita tunggal yang berjaya
melangkahkan kaki ke pentas akhir program realiti paling popular
negara, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7).
Kedua-dua program realiti itu telah mengubah nasib mereka berdua.
Memang diakui Tomok dan Isma banyak berusaha dalam mencapai kejayaan
hari ini. Namun, sokongan daripada peminat juga penting dalam membantu
mereka berada di tahap setinggi ini.
Maka, bagi menghargai sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan
peminat, Tomok dan Isma telah menganjurkan satu majlis kesyukuran di
kediaman mereka yang terletak di Alam Damai, Sabtu lalu.
"Sebenarnya, ibu dan ayah kami yang merancang untuk majlis ini
kerana mahu berterima kasih terhadap peminat dan keluarga serta rakan
yang telah banyak menyokong kami. Tanpa mereka, kami tidak akan sampai
ke tahap ini. Majlis ini hanya dilakukan hari ini kerana mahu menunggu
Isma habis peringkat akhir AF7," kata Tomok.

TOMOK meriba anak bongsu Isma yang baru berusia setahun, Seri Adriane Marcella.


Bermula dari pukul 11 pagi hingga 6 petang, majlis itu dihadiri
lebih 1,000 tetamu. Sibuk melayan tetamu, ibu bapa mereka, Ismail Salim
dan Siti Fatimah Harun juga tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan
majlis.
Tomok dan Isma yang ditemui ketika itu sempat bercerita sedikit
mengenai perancangan mereka selepas keluar daripada program realiti
yang disertai masing-masing. Isma yang kini berada di bawah pengurusan
Astro Entertainment Sdn Bhd., (AESB), sedang sibuk mengikuti aktiviti
promosi bersama radio Era.
"Aktiviti seni saya kini semuanya mengikuti perancangan AESB. Saya baru sahaja menghabiskan rakaman single Bisikan Godaan. Walaupun sudah mempunyai pengalaman, saya tetap berasa kekok untuk menjalankan rakaman di studio," kata Isma.
Mahu mempertaruhkan single itu sebelum membuat keputusan untuk merakamkan album, Isma akui kehidupannya lebih sibuk sekarang selepas menyertai AF7.
"Sebelum AF saya memang ada menyanyi. Cuma sekarang saya lebih sibuk sedikit tetapi saya masih mementingkan keluarga saya.
"Nasib baik suami dan anak-anak saya memahami kerjaya saya dan
mereka tidak pernah merungut. Saya juga bertuah kerana mempunyai suami
dan adik yang berpengalaman dalam industri yang boleh membantu saya,"
jelas Isma yang mempunyai lima orang anak berusia antara 11 hingga 1
tahun.

MAJLIS tanda kesyukuran Tomok dan Isma yang kini semakin bersinar sebagai penyanyi di persada seni tanah air.



Tomok juga melalui perjalanan jadual yang ketat. Namun, dia menyukai
kesibukan itu daripada 'membuang' masa dahulu tanpa berbuat apa. Sedang
mengumpul material untuk album terbarunya, Tomok juga akan berlakon
dalam filem Mantera pada Julai nanti.
"Lepas OIAM3, saya akui saya memang banyak rezeki berbanding
dulu. Saya amat bersyukur kerana rezeki tidak pernah putus sejak itu.
Album baru saya itu akan diterbitkan oleh Aubrey Suwito dan Audi Mok
juga ada menyumbang.
"Saya sendiri juga ada menulis lagu dan masih mencari lagu daripada
komposer lain. Kali ini, saya diberi kebebasan oleh syarikat pengurusan
saya, Monkeybone untuk memberikan idea. Album itu adalah identiti siapa
sebenarnya Tomok," katanya yang mahu menghasilkan album konsep pop rock.
Walaupun diberi kebebasan dari segi pemilihan lagu, bajet pembikinan
album itu bagaimanapun dikawal sepenuhnya oleh pihak Monkeybone. Namun,
ini tidak bermaksud Tomok tidak mengambil tahu langsung mengenai hala
tuju wang yang dimenanginya menerusi program OIAM3.
"Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan
Monkeybone. Lagipun mereka pernah menguruskan dua pemenang sebelum ini
dan saya akan ambil tahu status kewangan saya.

SESEKALI berkumpul seluruh keluarga Tomok dan Isma, begitu terasa kemeriahannya.



"Bukannya saya lepas tangan begitu sahaja. Tapi setakat ini saya
berasa gembira dan akan bekerja lama dengan Monkeybone serta 8Unit,"
tambah Tomok.
Mengecapi populariti sekelip mata, ada khabar angin yang menyatakan
Tomok sudah berubah sehingga menyinggung perasaan banyak pihak. Tomok
pula apabila ditanya mengenai perkara itu memberitahu bahawa dia
bukannya manusia sempurna.
"Saya berjumpa dengan ramai orang setiap hari dan mungkin tidak
perasaan jika telah melukakan hati mereka. Saya minta maaf kalau saya
melakukan kesalahan dan akan jadikan teguran kali ini sebagai teladan.
"Mereka tegur kerana mereka sayang saya dan tidak mahu saya terus
lakukan kesilapan. Tapi apa yang pasti adalah saya masih Tomok yang
dikenali sebelum ini," jelas Tomok.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Mon Jun 22, 2009 1:29 pm

hmmm kn abg toms da ckp...
abg toms nk concentrate kt album solo yg pertama dulu...
baru nk bt album bersme nb plak...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Tue Jun 23, 2009 12:56 am

Tomok, Isma Kena 'Serbu'!



by gua.com.my | 17 Jun 2009






















randomstr = new String (Math.random());randomstr = randomstr.substring(1,Cool;document.write ("");href='http://pixel-my.pixelinteractivemedia.com/adc.php?sid=92526241691'
>

Adik-beradik
popular, Tomok dan Isma telah mengadakan sebuah majlis kesyukuran di
kediaman mereka di Cheras, Kuala Lumpur Sabtu lalu bagi meraikan para
peminat serta sanak saudara yang banyak memberikan sokongan kepada
mereka selama ini.

Akibatnya, Tomok (juara program realiti One In A Million (OIAM3) musim
ketiga) dan Isma (finalis tunggal wanita Akademi Fantasia musim ketujuh
(AF7)) 'diserbu' oleh para peminat yang hadir sejak jam 11 pagi
hinggalah majlis berakhir iaitu kira-kira jam 8 malam.

Walaupun Tomok dan Isma kelihatan agak letih kerana melayan tetamu yang
tidak putus-putus bertandang, namun mereka berdua mengakui gembira dan
terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat.

Tambah menarik, selain peminat serta saudara mara, rakan-rakan artis
seperti Aril, Qhaud, Akim dan Rini dari AF7 tidak ketinggalan
memberikan sokongan kepada Isma. Selain bekas pelajar AF7, Jaclyn
Victor, Nine dan Anith juga hadir memeriahkan acara.




"Saya bersyukur kerana perancangan saya untuk
mengadakan majlis ini akhirnya terlaksana. Majlis ini memang sudah lama
saya rancangkan, cuma baru kini ia berjaya direalisasikan.

"Majlis ini diadakan khusus sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaaan
yang saya raih baru-baru ini dan sebagai cara untuk saya meraikan
peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seni saya sejak saya
bersama New Boyz sehingga kini," jelas Tomok yang kini semakin popular
dengan lagu “Rindu Terhenti”.

Vokalis kumpulan New Boyz ini juga memberitahu dia begitu seronok
kerana ramai peminat yang sudi menghadirkan diri ke majlis tersebut.
Sebagai tuan rumah katanya, dia berusaha memberikan layanan terbaik
kepada semua tetamu yang hadir.

Dengan kehadiran peminat yang 'melimpah ruah' itu juga membuktikan
khabar angin yang mengatakan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan
Ismail berlagak sombong kepada para peminatnya selepas muncul sebagai
juara OIAM3 tidak benar.

Bagaimanapun jejaka kacak berusia 25 tahun itu mengakui, dalam
sesetengah situasi adakalanya dia gagal untuk memuaskan hati kesemua
peminatnya. Apatah lagi jika majlis yang dijayakannya itu melibatkan
acara yang besar hingga sukar untuknya berkomunikasi dengan peminat.

Namun sebagai penyanyi, dia cuba berusaha memberikan persembahan atau
layanan terbaik agar semua pihak berpuas hati terutama para peminatnya
terhibur dengan persembahannya.

Sementara itu, Isma ketika ditemui di majlis tersebut turut melahirkan
rasa gembira kerana majlis itu berjalan lancar walaupun diadakan dalam
suasana serba sederhana. Tambah menggembirakannya apabila sambutan yang
diberi oleh peminat sangat memberangsangkan.




Bercerita tentang majlis tersebut, ibu kepada lima orang cahayamata ini
memberitahu kesemua lauk-pauk yang dihidangkan kepada tetamu pada
majlis tersebut adalah hasil kerja gotong-royong saudara mara mereka.

"Mengikut perancangan, kami nak tempah 'catering', tetapi selepas
berbincang dengan saudara-mara, kami sepakat untuk memasak sendiri.
Memang sedikit penat, tetapi kami puas apabila dapat melayan semua
tetamu yang hadir dengan baik," ujarnya yang sempat menyanyikan lagu
“Mawarku” bersama suami Zul, khusus untuk para tetamu yang hadir.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Tue Jun 23, 2009 1:09 am

"Tomok Masih Tomok Dulu"



by Li Ee Kee | 10 Jun 2009






















randomstr = new String (Math.random());randomstr = randomstr.substring(1,Cool;document.write ("");href='http://pixel-my.pixelinteractivemedia.com/adc.php?sid=92526241691'
>
Sejak
memenangi pertandingan One In A Million (OIAM) bulan lalu, nama Tomok
makin laku. Semua berebut ingin menjemputnya menghadiri acara ini,
membuat persembahan di majlis itu. Tak menang tangan dibuatnya.

“Semua ini rezeki, Tomok tak complain. Tomok tahu masa inilah orang nak
Tomok. Dijemput ke mana-mana, Tomok kena pergi. Takde alasan letih.
Sebelum ini, peluang terhad, jadi bila peluang sudah datang, Tomok akan
gunakan sepenuhnya,” katanya yang ditemui selepas sidang media konsert
dan mini karnival Inspirasi TV3 semalam.

Seiringan dengan profilnya yang semakin meningkat, mulalah kedengaran
cerita yang kurang enak, kononnya Tomok sudah mula besar kepala. Akhbar
Utusan Malaysia Ahad lalu (‘Tomok dah berubah’) telah menerbitkan aduan seorang peminat yang mengatakan Tomok “tidak mesra, tidak seperti dulu semasa dia dengan New Boyz”.

“Tomok tak salahkan mereka. Tomok mungkin telah membuat kesilapan.
Tomok hanya satu orang dan bila dalam satu acara itu dengan adanya
begitu ramai orang, Tomok tidak mampu memuaskan semua.

“Tapi Tomok buat apa yang mampu. Tomok mengambil ini sebagai sesuatu
yang positif dan belajar darinya. Tomok akan lebih terbuka. Tapi Tomok
tak sombong. Tomok masih Tomok yang sama, sebelum dan selepas OIAM.”

Tomok jadi superhero
Dalam perjumpaan semalam, Tomok juga memaklumkan berita
tentang tawaran berlakon yang diterimanya baru-baru ini. Filem
‘Mantera’ yang dikatakan menelan belanja RM5.5juta, merupakan kerjasama
di antara sebuah syarikat produksi Malaysia, Flare Studios Sdn Bhd, dan
Spacetoon dari Russia. Ala-ala cerita ‘Iron Man’ dan ‘Transformers’,
‘Mantera’ akan menampilkan Tomok sebagai watak utama Azman, yang
mendapati dirinya mempunyai kebolehan untuk bertukar menjadi motosikal.

Tidak banyak yang diketahuinya tentang filem bergenrekan sains fiksyen
itu kerana belum mendapat skripnya lagi. Namun menurutnya, selain Lisa
Surihani, dia juga akan digandingkan dengan seorang pelakon wanita
Russia.

Penggambaran dijadualkan bermula pada bulan depan di sekitar Kuala
Lumpur, Seremban dan kemungkinan di Russia. Kata Tomok, filem ini akan
banyak menyelitkan elemen CGI sementara dialognya akan menggunakan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama.

Walaupun pernah membintangi beberapa buah drama serta filem, namun
seiring dengan transformasinya sebagai seorang penyanyi, ramai yang
sudah pasti mengharapkan sesuatu yang lebih darinya sebagai seorang
pelakon.

“Tomok pun tak pasti kenapa mereka memilih Tomok. Tapi ini satu benda
baru bagi Tomok, jadi peluang ini tidak harus dilepaskan. Sama seperti
bidang nyanyian, Tomok berikan yang terbaik. Harapan Tomok, filem ini
akan berjaya.

“Dengar kata apabila filem ini diriliskan kelak, akan diadakan satu
sesi jelajah ke sekolah-sekolah untuk mempromosikan karektor ini
sebagai satu ikon buat golongan kanak-kanak.”

Album solo tidak diketepikan
Tentang perkembangan album solo pertamanya, Tomok memberitahu dia dalam proses memilih lagu untuk dijadikan single kedua.

“Ada beberapa lagu yang sedang dipertimbangkan, sumbangan dari Aubrey
Suwito, Audi Mok dan saya sendiri. Dari segi genre, saya akan kekalkan
stail lagu yang dibawa semasa OIAM seperti pop rock, muzik yang rancak
dan fun, sebab Tomok tahu itu yang peminat sukakan.”

Bagi yang masih tertanya jika Tomok akan terus kekal dengan New Boyz,
kata anak muda berusia 25 tahun ini, perancangan sudah dibuat untuk
mengeluarkan sebuah single bersama mereka selepas selesainya
penggambaran ‘Mantera’ dan rakaman albumnya.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Tue Jun 23, 2009 1:13 am

SEBULAN selepas bergelar jutawan segera, perjalanan karier seni Shah
Indrawan Ismail atau Tomok, juara program realiti, One In A Million
musim ketiga (OIAM3), terus berkembang.
Walaupun dia masih sibuk dalam proses rakaman album sulung, tetapi rezeki Tomok tidak putus.
Bagi peminat Tomok, penyanyi berusia 24 tahun ini membawa berita
gembira apabila dia bersetuju membintangi filem baru, Mantera yang akan
memulakan penggambaran pada 23 Julai nanti.
Menariknya, kemunculan kedua Tomok di layar perak kali ini berbeza
dengan pengalaman ketika menjadi pelakon pembantu filem seram, Makar
lima tahun lalu.
Tomok diberi kepercayaan oleh produksi Flare Studios Sdn Bhd yang
bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan
Spacetoon Russia memegang watak utama iaitu superhero dikenali Mantera.
Superhero ini yang turut dikenali sebagai Azman menggandingkan Tomok bersama seorang pelakon wanita dari Russia.
Pelakon tempatan lain yang terbabit adalah Lisa Surihani dan Hairie Othman.
Kata Tomok, dia teruja sebaik mendapat tawaran berlakon filem dan tidak menunggu masa lama untuk memberi persetujuan.
Dia menganggap tawaran filem itu yang hadir selepas dia menang OIAM3 sebagai peluang besar yang tidak seharusnya dilepaskan.
“Saya berpandangan plot filem ini menarik dan mampu memberi tarikan
kepada golongan muda untuk menonton. Walaupun saya kurang pengalaman
lakon, tetapi saya berusaha untuk berikan lakonan terbaik dan belajar
daripada pengalaman pelakon lain.
“Peluang seperti berlakon filem ini tidak datang selalu. Namun, saya
tidak lupa dengan matlamat saya dalam bidang nyanyian untuk menyiapkan
album solo saya.
“Apa yang saya harapkan, kedua-dua kerjaya ini berjalan lancar,” katanya.
Lisa pula menganggap filem itu mempunyai kelebihan dari aspek
kerjasama antara kedua-dua negara yang memberi peluang kepada pelakon
untuk menimba pengalaman baru dengan produksi luar negara.
Malah, dia percaya pengalaman yang diraih mampu membawa pelakon
tempatan ke peringkat global. Mengenai watak, dia melakonkan peranan
Dina yang berkawan rapat dengan Azman dan melanjutkan pelajaran dalam
bidang robotik di Jepun.
“Secara peribadi, saya suka belajar dan menerokai perkara dan
pengalaman baru. Lalu, saya menyahut cabaran untuk berlakon filem ini.
“Tidak dinafikan perasaan bimbang tetap ada untuk menjayakan filem
ini kerana sebelum ini, saya tidak pernah terbabit dengan produksi luar
negara. Namun, saya fikir, belum cuba belum tahu,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Flare Studios Sdn Bhd, Miza Mohamad berkata
pemilihan Tomok sebagai pelakon utama filem itu dianggap tepat dengan
karakter yang dibawa.
Filem berkonsep aksi ini yang turut dibantu imej janaan komputer
(CGI) mencipta kelainan kerana superhero yang diperkenalkan mempunyai
kuasa yang boleh bertukar menjadi motosikal.
Filem itu menelan kos sebanyak RM5.5 juta dan turut mendapat Skim Pinjaman Filem Cereka dari Finas sebanyak RM1.5 juta.
Di samping kolaborasi pelakon tempatan dan Russia, filem berkenaan
juga diarah dua pengarah berbeza iaitu Mohd Aliar Ali Tutty dan seorang
pengarah dari Rusia.
Kerjasama antara dua negara ini terjalin menerusi majlis
menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan di Finas,
Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir, Naib Presiden Spacetoon
Rusia, Andrey Chirkin.
“Saya cuba hasilkan produk yang dapat dipasarkan ke peringkat
antarabangsa dan yang penting, filem kita berpeluang menembusi pasaran
negara lain.
“Di Russia, ada 900 pawagam dan ini memberi kelebihan pada filem ini untuk ditonton ramai.
“Watak Mantera merujuk pada maksud manusia jentera. Biarpun filem
ini mungkin ada persamaan dengan Transformers atau Ironman, namun filem
ini cuba menampilkan superhero yang mempunyai identiti sendiri. Buat
masa ini, watak pelakon utama wanita belum dikenal pasti.
“Ada kemungkinan pelakon kita akan dibawa ke Russia untuk sebahagian
penggambaran di sana. Biarpun risiko besar untuk menghasilkan filem ini
hingga ia dibawa untuk tayangan di luar negara, tetapi berdasarkan
kajian yang dibuat sebelum ini, saya yakin filem ini mampu menarik
perhatian.
“Apa yang saya harapkan pelakon kita dapat menyerlah bakat sendiri
dan filem ini mampu meraih sambutan positif penonton,” katanya.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Tue Jun 23, 2009 1:16 am

HIBURAN





Rabu Jun 10, 2009



Dikatakan sombong, Tomok akui kesilapan sendiri



Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SELEPAS Tomok meraih gelaran juara dalam program realiti One
In A Million (OIAM) musim ke-3 lalu, dirinya sering menjadi perhatian
umum tidak mengira peringkat umur.
Namun, sejak akhir-akhir ini aura Tomok dicemari dengan aura negatif
bilamana dia didakwa bersikap sombong oleh segelintir peminatnya.
Walaupun begitu, pemilik nama Shah Indrawan Ismail, 25, ini tidak
menyalahkan peminat yang membuat dakwaan itu sebaliknya mengakui
sebagai kesilapannya sendiri.
“Saya tak salahkan mereka kerana mungkin saya ada kesilapan sendiri. Saya tak mampu untuk puaskan hati semua orang kalau show sehingga beribu-ribu orang. Tomok bukan sahaja kembali merasai dunia kemasyhuran malah dia juga semakin sibuk dengan kariernya yang semakin berkembang itu

“Saya ambil hal itu sebagai perkara positif untuk saya pelajari
selepas ini. Saya tak cakap saya betul dan mengambilnya sebagai
pengajaran,” jelasnya ketika menghadiri majlis sidang media ‘Inspirasi
TV3’ di Hotel Crown Plaza Mutiara Kuala Lumpur, semalam.
Tomok pernah mengecap populariti sejak di awal kemunculannya bersama band New Boyz dan selepas itu popularitinya agak menurun.
Kini, masa semakin berubah, begitu juga dengan Tomok yang telah
tampil dengan pembaharuannya dalam mewarnai industri hiburan tempatan.
Kesannya, Tomok bukan sahaja kembali merasai dunia kemasyhuran malah
dia juga semakin sibuk dengan kariernya yang semakin berkembang itu.
“Impak (popular) dulu dan sekarang agak berbeza kerana sekarang saya
turut menerima peminat berbilang kaum seperti Cina dan India serta
mereka bukan sahaja terhad kepada golongan remaja malah seluruh
keluarga.
“Saya juga menganggap kesibukan saya sekarang adalah rezeki yang tidak boleh ‘complain’
"Peluang sebelum ni terhad jadi kali ini saya kena bagi sepenuhnya.
"Saya masih Tomok yang sama tapi mungkin ada yang tak perasan," kata
Tomok yang akan mengadakan majlis kesyukuran atas kejayaannya tempoh
hari di kediamannya, Cheras pada Sabtu ini.
Tomok pernah berkata hendak mengkomersialkan nama sebenarnya, Shah
Indrawan, namun sehingga kini dia masih selesa menggunakan nama
timangannya, Tomok.
"Saya memang nak guna nama Shah Indrawan tapi itu semua mengambil masa.
"Mungkinlah saya akan melakukan perubahan itu atau tambahan untuk
album terbaru nanti," ujarnya yang kini tampak kurus dengan berat badan
55 kg.
Berlakon filem Mantera
Mulai bulan depan, Tomok akan terlibat dengan pengambaran filem Mantera.
Filem yang merupakan filem kerjasama antara produksi Rusia-Malaysia
ini dikatakan berkonsep seperti filem Transformer dan Ironman.
"Saya memegang watak Azman iaitu watak utama yang akan berlakon dengan aktres dari Rusia.
"Selain itu, saya akan berlakon dengan Lisa Surihani.
"Mengenai watak, saya tak boleh cerita banyak lagi sebab skrip belum dapat," jelas Tomok mengenai filem keduanya ini.
Filem pertama Tomok berjudul Makar selain berlakon dalam beberapa buah telefilem.
"Bagi saya, peluang ini sangat besar kerana filem ini akan ditayangkan di Rusia dulu.
"Untuk di sini, saya akan berlakon di bawah produksi Flave Studio
manakala di Rusia pula adalah Spacetoons," cerita Tomok yang sudah
bersedia untuk berlakon semula.
Janji tidak tinggalkan New Boyz
Dalam masa yang sama, Tomok sedang merangka untuk merakamkan single keduanya dalam bulan ini.
"Saya akan rakam lagu berentak pop rock dan fun. Ia mungkin lagu gubahan Aubrey Suwito atau saya sendiri.
"Tengoklah macamana sebab saya mempunyai beberapa koleksi lagu yang
belum dipilih," jelas adik kepada alumni Akademi Fantasia 7, Isma.
Selepas rakaman single kedua dan pembikinan filemnya selesai, Tomok akan mengeluarkan single untuk bandnya pula.
"Saya masih aktif dengan New Boyz dan tidak akan tinggalkan band.
"Kami akan tampilkan kelainan dengan menghasilkan semua lagu baru,"
ujar Tomok yang pernah popular menerusi lagu Sejarah Mungkin Berulang,
Meraung dan banyak lagi.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
ijut



Number of posts : 15
Age : 29
Localisation : anywhere in Malaysia
Registration date : 2009-04-27

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Tue Jun 23, 2009 2:06 am

salam...uncle tomz i found tis at u tube..nice song lar..
nice voice...mmmm...

http://www.youtube.com/watch?v=9Qk1IE_oHUc
Back to top Go down
View user profile http://tomokmusic4u.blogspot.com
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Tue Jun 23, 2009 2:33 am

nie time ble ea...
akak nora adew bkat gak laa...
ekekeke...
thanx
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
Edda
Members
Members


Number of posts : 304
Age : 30
Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr
Registration date : 2009-06-17

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Tue Jun 23, 2009 3:04 am

Wah byk cite pasal tom skang ye. .. . .
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/399997975
eQueen
Members
Members


Number of posts : 75
Age : 30
Registration date : 2009-05-05

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Fri Jun 26, 2009 9:25 am

jadi media jgk dah kat sni....
Back to top Go down
View user profile http://fromtheangelsheart.blogspot.com/
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Fri Jun 26, 2009 5:23 pm

huhuhuhu...
smua kn support abg toms...
memang laa...
abg toms be the best wokeyh...
we will support you...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
Edda
Members
Members


Number of posts : 304
Age : 30
Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr
Registration date : 2009-06-17

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Sat Jun 27, 2009 1:49 am

Dan pandai2 jaga diri tom. . .jgn ada cite2 yg negetif lak yg kuar. . . .
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/399997975
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Sat Jun 27, 2009 3:51 am

huhuu...
btol tue...
say no tue gossip...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Thu Jul 09, 2009 10:39 am

Bahagia jutawan muda




TEMAN baik Marilyn yang jelita dan seksi, Fasha Clara baru-baru ini sempat bercerita tentang kisah penyanyi pujaannya yang baru bergelar jutawan muda, Tomok.
Bila masa pula dia jadi peminat Tomok, Marilyn pun tak tahulah. Mungkin dia pun macam sesetengah gadis lain juga yang meminati Tomok selepas jejaka itu dapat gelaran jutawan. Memang dasar mata duitan betul. Tetapi itu kawan Marilyn, bukan Marilyn tau.
Fasha Clara bukan nak bercerita soal album Tomok yang akan dikeluarkan tak lama lagi. Tapi ia lebih berkisar cerita peribadi Tomok yang baru saja membeli sebuah kereta baru buatan luar negara yang boleh tahan mahal harganya. Khabarnya lebih RM100,000 harga kereta baru Tomok itu. Wow!
Maaf sikit ya, sekarang kenderaan tunggangan Tomok bukan lagi kereta kecil-kecil anak seperti yang pernah digunakan sebelum ini, maklumlah sudah jadi jutawan.
Biarpun begitu kata Fasha Clara, Tomok tak bongkak. Malah kedua-dua kereta lamanya yang kiut-miut itu masih ada lagi dalam simpanan dan jagaan Tomok walaupun dia sudah ada kereta baru yang lebih hebat.
Bahkan Tomok masih menjaga kedua-dua kereta tu dengan baik. Itu kata Fasha Clara yang beria-ria menyampaikan berita ni kepada Marilyn. Tidak tahulah sama ada betul ataupun tidak.
Kalau benarlah apa yang dikatakan oleh Fasha Clara tu, Marilyn turut tumpang gembira dengan perkembangan pemuda berusia 25 tahun itu yang semakin hari semakin positif. Bagus betul ada seorang lagi anak Melayu yang terus mencapai kejayaan.
Cuma Marilyn awal-awal lagilah hendak minta maaf dengan Tomok kalau lepas ni dia buat tawaran hendak bawa Marilynn jalan-jalan naik kereta barunya tu. Belum tentu Marilyn setuju tau, sekalipun yang ajak itu jutawan muda berkereta beratus ribu ringgit. Marilyn takutlah naik kereta laju ni, gayat. Lagipun risau kot-kot kain batik ketat Marilyn ni terangkat bila kereta laju sangat. Jangan marah ya Tomok!
Marilyn:Dah lama tak naik kereta Volkswagen Polo milik seorang 'teman tapi mesra'.
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Thu Jul 09, 2009 10:48 am

huhu..keta tu mmg cantik,besar laktu..
dan ia sgt mahal,fuhyoo..!!!
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Thu Jul 09, 2009 10:54 am

ain wrote:
huhu..keta tu mmg cantik,besar laktu..
dan ia sgt mahal,fuhyoo..!!!

wakkakaka.wah mcm dh tgk jerk kan??huhuhuhu.....pki keta br mmg tak leh nk sorok..but kira oke la...toms senyap jerk tak bilang sape2...org tau sndri coz tgk sndri...hehehe....
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Thu Jul 09, 2009 11:34 am

NoraJoey wrote:
ain wrote:
huhu..keta tu mmg cantik,besar laktu..
dan ia sgt mahal,fuhyoo..!!!

wakkakaka.wah mcm dh tgk jerk kan??huhuhuhu.....pki keta br mmg tak leh nk sorok..but kira oke la...toms senyap jerk tak bilang sape2...org tau sndri coz tgk sndri...hehehe....

tu la pasal..macam dah penah tgk jer keta tu warna putih..muahahaha!!
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Thu Jul 09, 2009 11:41 am

wakakakka..confident jerk......huhuhu
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool


Number of posts : 2261
Age : 25
Registration date : 2007-04-05

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Thu Jul 09, 2009 1:15 pm

peh! cayalah . cnform smart .
Back to top Go down
View user profile http://myspace.com/newfazr
Edda
Members
Members


Number of posts : 304
Age : 30
Localisation : klang gatez, ULU KLANG ,slgr
Registration date : 2009-06-17

PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Fri Jul 10, 2009 1:31 am

Wah...ini lah dia hasil usaha tom...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/399997975
Sponsored content




PostSubject: Re: TOMOK OIAM3   Today at 10:12 pm

Back to top Go down
 
TOMOK OIAM3
View previous topic View next topic Back to top 
Page 32 of 34Go to page : Previous  1 ... 17 ... 31, 32, 33, 34  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NB OFFICIAL FORUM :: NB FORUM :: FANS area..-
Jump to: