NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Cerpen..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
cinta_arjuna



Number of posts : 4
Age : 29
Registration date : 2009-01-05

PostSubject: Cerpen..   Wed Feb 11, 2009 11:11 am

Kembali ke Pangkal Jalan

Seperti hari-hari biasa, jam 5.30 pagi aku telah pun bangun. Selepas menunaikan solat Subuh, aku akan menolong ibu menyiapkan sarapan pagi untuk kami sekeluarga. Setelah selesai bersarapan, ibu dengan ayah akan keluar bekerja. Memandangkan sekarang adalah cuti sekolah, aku tidak perlu untuk ke sekolah jadi semua kerja-kerja di rumah, akulah yang akan buat.
Sudah menjadi tabiat aku, kalau handak mengemas rumah mesti aku akan mendengar radio. Sambil mengemas rumah, sambil mendengar radio, barulah tidak terasa penat sangat badan aku ini. Semasa sedang mengemas bilik tidur ku, tiba-tiba aku terpandang gambar kekasihku, Aliff, yang tergantung di dinding. Dengan serta-merta, aku teringat padanya. Dia bukan sahaja kekasihku yang baik, tetapi dia telah banyak berkorban untuk diriku. Kejayaan yang aku dapat sekarang ini, tidak mungkin menjadi realiti tanpa dengan bantuan dia. Dia juga yang telah membuatkan aku sedar akan segala kesilapan yang telah aku lakukan selama ini.
Masih segar dalam ingatan ku, kejadian yang telah meragut nyawa Aliff dan sekaligus, membuatkan aku berubah. Kejadian itu berlaku kira-kira empat tahun yang lalu. Ketika itu, aku berusia 15 tahun. Sebagai anak tunggal yang tidak mempunyai adik-beradik, aku selalu berasa kesunyian dan bosan. Sebuah kesunyian yang aku rasakan, seperti boleh jadi gila jika aku terus begini untuk selama-lamanya. Ibu dengan ayah selalu sibuk bekerja siang dan malam sehinggakan tidak ada masa untuk diriku. Mereka selalu beritahu aku, bahawa mereka bekerja siang dan malam untuk mengadakan semua keperluanku dan ingin aku hidup gembira seperti anak-anak lain. Tetapi, mereka silap! Bukan wang ataupun kekayangan yang aku inginkan. Aku ingin mereka dapat luangkan banyak masa bersama dengan aku, itu sahaja. Aku teringin mereka tanya, sama ada aku sudah makan atupun tidak, macam mana dengan pelajaran aku di sekolah dan sebgainya. Tetapi sebaliknya, mereka hanya lebih suka melepaskan kemarahan mereka pada aku walaupun hakikatnya, aku sendiri bingung kenapa tanpa sebab aku dimarahi.
Kerana kesunyian dan kebosananlah, akhirya aku membuat keputusan untuk lepak di kolong flat. Dari situlah, aku mula berkenalan dengan remaja-remaja nakal. Bergaul dengan mereka, membuatkan aku berasa seronok. Sebuah keseronokkan yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Mereka yang aku kenal itu, empat tahun tua dari umur ku. Umur mereka 19 tahun. Sebagai yang paling muda dikalangan mereka, aku dianggap sebagai ‘adik’. Aku rasa gembira. Lebih-lebih lagi, aku tidak pernah ada abang ataupun kakak.
Mereka mengajar aku merokok, mencuri di pusat membeli belah, membuli, meminta wang dari budak-budak yang lebih kecil dan juga ponteng sekolah. Pada mulanya, aku merasa takut untuk melakukan perkara sebegitu. Tetapi setelah di pujuk dan di cabar, akhirnya aku menjadi berani. Selalunya, bila aku ingin mencuri di pusat membeli belah, ada di antara mereka akan turut serta. Ini kerana mereka tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada diriku.
Sejak aku mula bergaul dengan mereka, aku sering tidak hadir ke sekolah. Kalau aku pergi ke sekolah pun, itu hanya kerana aku sudah bosan dan muak asyik terus di marahi oleh ibu dengan ayah terus menerus. Bila di sekolah, aku akan buat perangai. Mula tidak buat tugasan yang di berikan oleh cikgu. Aku juga sering di denda dan ditahan selepas sekolah. Perhubungan aku dengan Aliff, bagai retak menanti belah. Kalau dulu, segala nasihat dan teguran Aliff aku dengar dan aku cuba ikut. Tetapi sekarang, aku merasa rimas mendengar segala nasihat dan teguranya. Aku bosan dan aku jijik melihat mukanya. Bagi aku, dia bukan lagi jejaka yang selama ini aku impikan. Tetapi sebaliknya, dia adalah makhluk yang cuba menyekat kebebasan aku.
Dalam hati, aku selalu berkata, "Macamlah dia tu alim sangat nak nasihatkan orang. Pergi mampuslah, apa aku nak buat. Aku bukan susahkan dia!"
Lama-kelamaaan, perangai aku, sudah tidak boleh dikawal lagi. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan terus bergaul dengan budak-budak nakal. Namun begitu, Aliff masih tidak jemu-jemu menasihati aku dan cuba untuk membuatkan aku kembali semula ke sekolah. Kerana terlalu geram dengan sikap Aliff yang tidak berhenti menasihati aku, akhirnya, aku mengugut untuk memanggil budak-budak nakal untuk membelasah dia sehingga teruk.
Suatu hari, mereka mengajak aku keluar pada waktu malam. Mereka ingin aku turut serta dalam pergaduhan yang mereka akan adakan dengan remaja nakal dari kawasan yang lain. Aku berasa bangga kerana baru sahaja bergaul dengan mereka, mereka telah mengajak aku buat seperti apa yang mereka buat. Kami akan bergaduh dengan menggunakan senjata yang tajam, seperti pisau, parang dan juga kayu.
Bagaimanapun, tanggal 15 October 2004, merupakan hari terakhir, aku bergaul dengan remaja nakal dan juga hari yang membuatkan aku terjaga dari mimpi yang ngeri dan buruk.
Pada malam itu, Aliff dapat tahu yang aku akan turut serta dalam pergaduhan itu. Dia panik dan dia cuba menghalang aku untuk pergi. Tetapi aku masih berdegil, akhirnya aku menampar pipinya dengan kuat dan bukan itu sahaja, aku juga meludah mukanya. Dia cuba menarik tanganku, tetapi malanganya, dia ternampak seorang gadis berlari ke arahku dengan sebilah pisau yang tajam. Aliff menolakku ke tepi tetapi dialah yang tertikam dengan pisau yang terhunus itu!
Aku terkejut dan tergamam. Aku menjerit dan meraung sekuat-kuat hati aku. Dengan segera, aku menelefon ambulans. Dalam perjalanan ke ambulans, Aliff sempat berkata sesuatu pada aku. Dimana sampai ke saat ini, masih aku terdengar di telinga ku.
"Sayang, I rasa dah sampai masanya I tinggalkan dunia ini. Cuba satu I pesan pada U, baliklah ke panggal jalan, kembali semula ke sekolah dan masuk ke Universiti seperti mana yang kita impikan selama ini".
Dengan linangan airmata yang mengalir aku berkata padanya, "U jangan cakap macam itu sayang, insyaallah U akan sembuh dan lepas itu I akan kembali semula ke sekolah dan kita sama-sama akan masuk ke Universiti. Segalanya tidak akan seperti ini lagi sayang".
Tanpa aku duga, Allah lebih menyayanginya. Habis saja kata-kata aku, Aliff telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sejak kematian Aliff, hampir setahun, aku hanya berkurung di dalam rumah. Airmata menjadi teman setia ku di saat itu. Rasa bersalah tidak berhenti bersarang di dalam diri ku. Memang pada mulanya, aku kesal kenapa aku tidak mangikut nasihat Aliff, tetapi aku sedar apa yang terjadi semuanya sudah ditentukan oleh Allah. Aku mula berubah dan tidak lagi bergaul dengan budak-budak nakal. Akhirnya, aku kembali semula ke sekolah dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan aku berjaya melanjutkan pelajaran aku ke Universiti. Tetapi sayang, Aliff tidak ada lagi untuk bersama dengan aku di Universiti seperti mana yang kita pernah impikan dulu.
Aku tidak sedar yang airmata aku mengalir membasahi pipi saat mengingatkan kembali segala peristiwa itu. Dalam Hati, aku berdoa pada Allah, semoga roh Aliff di cucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin.
***This cerpen was created by me.
Luv,
Ria_Jelita

Back to top Go down
View user profile
 
Cerpen..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NB OFFICIAL FORUM :: NB FORUM :: FANS area..-
Jump to: