NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Article tentang NB

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
AuthorMessage
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Article tentang NB   Wed Jul 11, 2007 1:31 pm

Bangkit semula
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


New Boyz tampil dengan album baru berjudul Semula Padaku
DIAM tak diam, sudah hampir sedekad kumpulan New Boyz menyemarakkan dunia hiburan tempatan. Pada ketika yang sama, mereka turut menyeberang lautan, memahat nama di Indonesia. Biarpun di negara itu nama mereka tidak segah Datuk Siti Nurhaliza, Sheila Majid dan Search, namun album New Boyz tetap memasuki pasaran negara seberang.

Bermula dengan judul New Boyz (1999), Akur (2000), Wirama (2001), Inspirasi (2003), The Best of (2003) dan Bermulanya Satu Evolusi (2004), kumpulan ini meneruskan langkah di arena seni muzik dengan menerbitkan album terbaru, Semula Padaku, yang diharap dapat menyambung kelangsungan kewujudan mereka di dunia hiburan.

Bukan mendabik dada, tetapi pada ketika kumpulan remaja lain yang muncul lebih kurang sama waktunya dengan mereka sudah pun bungkus tikar, New Boyz tetap bersemarak dalam memperjuangkan muzik, seterusnya mencipta nama. Lalu, apakah kumpulan ini berkeyakinan mereka akan kekal untuk jangka waktu cukup lama?

“Perjalanan kami dalam dunia muzik ini sebenarnya masih jauh lagi. Kekal atau tidak kami di sini, semuanya ditentukan oleh peminat. Justeru, kami berharap sangat peminat yang selama ini setia di belakang kami akan terus menyokong perjuangan New Boyz.

“Jika diizinkan, kami mahu melihat New Boyz wujud buat satu tempoh waktu yang lama. Biarlah ia bertahan sampai menjadi legenda. Namun, untuk mencapai ke tahap demikian, kami sendiri haruslah sentiasa bekerja keras mempertingkatkan persembahan. Kami sedar, bukannya senang untuk sampai ke tahap itu.

“New Boyz sendiri amat bersyukur apabila masih berada di arena seni setelah hampir sedekad membabitkan diri dalam industri muzik. Kami tahu, banyak kumpulan lain yang sudah pun menghilangkan diri, setelah memulakan langkah lebih kurang sama dengan kami. Yang tinggal hanyalah beberapa nama. Justeru, kami amat berterima kasih kepada peminat dan semua pihak yang menyokong perjalanan karier New Boyz,” ujar vokalis utamanya, Shah Indrawan Ismail atau Tomok.

Mengenai keyakinan terhadap kejayaan album baru pula Tomok berkata, sebelum ia dipasarkan baru-baru ini, sudah ada peminat yang membuat tempahan. Begitu juga mereka sentiasa diajukan dengan soalan bilakah album terbaru akan dikeluarkan di ruang sembang laman web kumpulan ini (http://newboyz.highforum.net).

“Bahkan, ada juga kalangan peminat kami di Singapura dan Indonesia yang bertanyakan mengenai perkembangan karier terkini kami. Jadi, sokongan peminat seperti ini banyak memberikan semangat dan keyakinan untuk NB terus berada di sini,” kata Tomok lagi yang mengaku ingin mencari kelompok peminat yang baru, selain mengekalkan kesetiaan peminat mereka sedia ada.

Bercerita mengenai Semula Padaku, Tomok menjelaskan, penghasilan terbaru itu menyaksikan pembabitan hampir 90 peratus anggota kumpulan itu sendiri. Daripada pemilihan dan ciptaan lagu, permainan dan susunan muzik, semuanya membabitkan anggota kumpulan New Boyz. Selain Tomok, New Boyz turut diperkuatkan pemain gitar bass, Radin Irwan Dzulkarnain Isagani (Zack); pemain deram, Wan Muzaffar Wan Mohd Hanafiah (Ristoe); dan anggota terbaru yang juga pemain gitar, Hafeez As’ad Azam (Afiez).

“Kami rasakan kepuasan yang tidak terhingga apabila diberikan peluang oleh SRC (syarikat rakaman mereka) untuk menghasilkan sendiri album ini. Selepas dua tahun tidak mempunyai sebarang album, kami bertungkus lumus untuk menjadikan produk terbaru ini sesuatu yang lebih bermutu,” ujar Tomok mengenai album yang masih mengekalkan konsep pop rock, dengan susunan muzik terkini, sesuai selera peminat masa kini.

INFO: New Boyz


SELAIN single Putus, album ini juga memuatkan lagu Andai Mungkin, Semula Padaku, Kau Bernama Cinta, Kamu Bilang, Malam Yang Bosan, Satu Hari, Lara Ini, Kenangan Kita Berdua, Cerita Tentang Kita, Seindah Dulu dan Sejarah Mungkin Berulang (rakaman baru).


KOMPOSER yang terbabit ialah Aiman, Taja, Tomok, Edry Abdul Halim, Alfa Booty Kesuma dan Zack, manakala liriknya pula dihasilkan oleh Zimi Sofaz, Tass, Tomok, Edry, Rickie Koes & Rumie, Ad Samad, Zack, Ristoe, Alfa dan Lukhman S.


ANGGOTA baru, Afiez, ialah junior Ristoe di UiTM dan berasal dari Batu Pahat, Johor. Pemuzik berusia 25 tahun ini berkata, dia pernah menyertai kumpulan lain sebelum ini, tetapi NB ialah kumpulan pertama yang bergelar artis rakaman.

petikan dari Berita Harian 11/07/07
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Jul 11, 2007 1:48 pm

Nie Pic yang ader ngan article kat atas tu skali...Macho siut..wakkaka



Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
Dilah Laura
Members
Members


Number of posts : 306
Age : 31
Localisation : tamPineS Sgpore
Registration date : 2007-03-24

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Jul 11, 2007 3:02 pm

Sooo coool....

One word, if you all unite, Nb akan kekal dalam industri muzik nie dalam brape dekad lagi...
Back to top Go down
View user profile
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Jul 11, 2007 3:14 pm

Betul tu Dila...Itu memang Nora sokong sgt...

TO be a lagend in this industri they must work together, mesti satu hati...tak mau ade masalah besar dlm group n make sure tindakan yg d amik oleh setiap org dlm group tu dpt persetujuan dr ahli group yang lain..br la ade kesefahaman kat ctu..then baru la group bole d pandang tinggi ngan peminat n org luar...
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Jul 12, 2007 2:31 am

tul to nora....

bersatu teguh bercerai roboh....
klu mmg dah ada sepakat untuk bersatu hati dan ikhlas dgn ape yg dibaut
insya ALLAH.... ape saje NB inginkan utk
grup dorg akan menjadi reality....
Back to top Go down
View user profile
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Jul 13, 2007 5:32 pm

bestnye kalau NB betul2 jadi legend..
time tu diaorang mesti dah tua kan??
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Jul 17, 2007 12:02 pm

kalau mase tu NB dah tua Ain, maknenye kak nora pun tua gak ler..kak nora kan lebih kurang n same jer ngan dowang tu..huhuhu..mase tu klu NB jadi lagend, kak nora nak make sure anak2 kak nora ms tu sokong NB..wakakka...jauhnye aku pegi...
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Jul 17, 2007 7:17 pm

harap2 satu hari nanti,impian NB n Nbianz untuk tengok NB jadi legend menjadi kenyataan..aminnn...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Jul 20, 2007 12:26 pm

WAJAH BARU


Afiez dan Ristoe penerus misi New Boyz


Oleh
Nurliza Mohd Shah
Penulis Sambilan
Sumber:Berita Harian (Spore)


JIKA sebelum ini dua jejaka New Boyz, Tomok dan Zack, menjadi buruan
gadis-gadis remaja, dua anggota baru kumpulan tersebut, Afiez dan
Ristoe, pula kini terdedah kepada fenomena 'gila boyband'.


Afiez atau nama sebenarnya Hafeez As'ad Azam, 25 tahun, anak watan Batu
Pahat, Johor, adalah pemain gitar terkini New Boyz. Beliau menggantikan
Rizz sebagai gitaris utama.


Ristoe atau nama sebenarnya, Wan Muzaffar Wan Mohd Hanafiah, selaku
pemain dram New Boyz, yang muncul sejak album lalu, pula nampaknya
sudah mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang artis.


Saya bertemu mereka di sesi pertemuan dan makan malam New Boyz bersama
peminat dan pembaca Berita Harian yang berlangsung di Embun Cafe di
349, Sembawang Road, pada 7 Julai lalu.


Nurmasrifa Shukor, Siti Anisah Ahmad dan Nurul Huda Jasman adalah tiga
pembaca remaja yang bertuah menjamu selera chicken chop, fish and chips
dan omelette roti john di kafeteria yang dilengkapi kemudahan karaoke
itu.

Afiez
memberitahu saya inspirasinya untuk bergiat di dalam dunia muzik
berputik daripada melihat kesungguhan kumpulan Barat empat sahabat, The
Beatles.

Sejak enam bulan lalu, Afiez turut mengajar muzik di sebuah kedai muzik di Kuala Lumpur.


'Saya suka dengar lagu The Beatles. Suatu ketika dahulu, saya juga
gemar menonton filem The Beatles. Daripada situ, saya mula terpegun
dengan gitar sehinggalah hari ini.

'Setiap hari, saya mesti bermain gitar tanpa mengira masa. Kalau tak petik gitar, macam tak kena rasanya.


'Samalah seperti hobi saya yang satu lagi. Saya gemar memandu untuk
perjalanan jauh. Pernah saya memandu lapan jam tanpa henti!' ceritanya.


Menceritakan penglibatan awalnya dengan New Boyz, Afiez menjelaskan
satu sesi uji bakat telah diadakan untuk gitaris New Boyz pada Februari
lalu.

'Saya tidak
meletakkan harapan tinggi. Saya setakat cuba-cuba saja. Alhamdulillah
terpilih. Begitulah mulanya kehidupan saya sebagai artis. Kerana tiada
pengalaman, banyak yang perlu saya pelajari seperti cara penampilan
diri di hadapan media dan juga peminat.


'Memang pada mulanya agak kekok menampilkan imej sebagai artis. Namun
dalam masa sebulan, saya mampu menyesuaikan diri dengan motivasi
daripada keluarga dan anggota kumpulan New Boyz yang lain,' tambahnya.


Dalam album terkini New Boyz, Semula Padaku, Afiez amat meminati lagu
Kamu Bilang gubahan Edry KRU kerana melodi dan rentak lagunya yang
sesuai dengan pendengar daripada segenap lapisan usia.

Kalau lagu Kamu Bilang menjadi kegemaran Afiez, lagu Kau Bernama Cinta pula menjadi kegema ran Ristoe.


'Kau Bernama Cinta sangat unik dan cepat rentaknya. Ia mudah dikaitkan
dengan jiwa sesiapa saja. Selain itu, lagu Putus juga bermakna bagi
saya kerana saya baru saja putus cinta dengan temanita saya yang
dikenali tiga tahun lalu,' kata anak muda asal Kedah itu dengan nada
hambar.

Namun,
suaranya kembali ceria tatkala berbual tentang hobi kegemarannya iaitu
menonton filem-filem Batman. Ristoe juga ingin peminat New Boyz
mengamati sepenuhnya album terbaru New Boyz.

Kata lulusan Diploma Muzik daripada Akademi Muzik Tohkemy di Klang itu:


'Tiga sebab anda harus beli album New Boyz ialah lagu-lagu di dalam
album ini menunjukkan kematangan. Terdapat 12 lagu berbanding 10 lagu
dalam album-album terdahulu dan kulit muka album baru ini besar lagi
menarik.'

Hampir 90
peratus album baru itu dihasilkan oleh New Boyz sendiri. Ia masih
mengekalkan konsep pop rok diiringi susunan muzik terkini.

Jadi, tunggu apa lagi?


Di Embun Cafe, kesemua anggota New Boyz, khususnya Ristoe, begitu ramah
melayan pelanggan yang sesetengahnya sempat menyanyi dan menari
mengikut rentak rancak lagu-lagu New Boyz.


'Hari ini, Embun Cafe benar-benar 'bergegar',' kata pemilik Embun Cafe,
Encik Rosni Sardi, yang mengalu-alukan lebih banyak pertemuan dengan
tokoh seni yang diminati ramai di kafeterianya.
Back to top Go down
View user profile
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Jul 20, 2007 12:43 pm

Zee - thanks for the article...

wah-wah baru kali dpt tgk statement bnyk dr mulut afiez sendiri n ristoe..caya la guyz...

eh afiez minat lagu kamu bilang ek??heheheh...2nd song peberet nora tu..huhuhu..

ristoe suke lagu Kau Bernama Cinta ker??hehehe..My Peberet song...ader geng la..

nampaknye Afiez dh bole sesuaikan diri sebagai artis..selamat menyesuaikan diri yer afiez..

n ristoe plak dah pandai layan wartawan n peminat..cayala wistoe....

Good Luck Guyz...
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Jul 20, 2007 12:49 pm

dun mention lah sis
kamu bilang kesukean ku gakz...
Back to top Go down
View user profile
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Jul 20, 2007 12:57 pm

tu la pasal...kite punye peberet nie nak same jer semua kan..hehehhe...
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Jul 20, 2007 1:00 pm

tahu tkpe nora....Cool Smile Cool
Back to top Go down
View user profile
munirah
Members
Members


Number of posts : 506
Age : 24
Localisation : Punggol,Singapore
Registration date : 2007-03-20

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sun Jul 22, 2007 11:26 pm

NoraJoey wrote:
Nie Pic yang ader ngan article kat atas tu skali...Macho siut..wakkaka




macho siot..haha
Back to top Go down
View user profile
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Mon Jul 23, 2007 4:53 pm

geli ati ar tengok spek mata tomok..cam klaka jerk..hehehe..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
Dewi_Dahliah
Members
Members


Number of posts : 139
Age : 29
Localisation : S'pore n Johor
Registration date : 2007-04-06

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Jul 24, 2007 8:14 pm



~ Ria Jelita ~ flower
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/131741550
Syazyra
Members
Members


Number of posts : 225
Age : 26
Localisation : Temasek
Registration date : 2007-03-27

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Jul 24, 2007 10:32 pm

fuyooo.... handsome jugak eh member2 newboyz nih!
LOL hahaha!
Back to top Go down
View user profile http://www.syazyra.blogspot.com
Dilah Laura
Members
Members


Number of posts : 306
Age : 31
Localisation : tamPineS Sgpore
Registration date : 2007-03-24

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Jul 24, 2007 10:39 pm

Hahaha!.... Tenung punye tenung, mmg cun.. lol!
Back to top Go down
View user profile
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Jul 25, 2007 12:59 am

ain:
ape yg mengeli kan tu???

zyra & dila:
ish... korg ni tak mo puji bnyk2
tak elok...
hehehe...Laughing Laughing Laughing
Back to top Go down
View user profile
selipar_jepun
Members
Members


Number of posts : 89
Age : 31
Registration date : 2007-07-02

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Jul 25, 2007 11:33 am

gambo tuh... semua panadang camera laen... kecuali ristoe aje yg pandang camera kat gambar ni.
Back to top Go down
View user profile
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sat Jul 28, 2007 2:33 pm

kepada semua singaporean...kalau ade sesape yang beli majalah MANJA edisi ogos..leh tak sesape tulis kat sini article pasal SLEEQ??please..please...

kalau ade story pasal NB pun bagitau kat sini gak ye..
ain merayu nih..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
***reza zanuar***
Members
Members


Number of posts : 387
Age : 28
Localisation : tangerang via jakarta
Registration date : 2007-05-24

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Aug 01, 2007 12:07 pm

ain wrote:
kepada semua singaporean...kalau ade sesape yang beli majalah MANJA edisi ogos..leh tak sesape tulis kat sini article pasal SLEEQ??please..please...

kalau ade story pasal NB pun bagitau kat sini gak ye..
ain merayu nih..
***yupz...reza plak setuju...nak save plk gambo2 NB yg reza belom ader...heheheeh***
Back to top Go down
View user profile
Syazyra
Members
Members


Number of posts : 225
Age : 26
Localisation : Temasek
Registration date : 2007-03-27

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Aug 07, 2007 1:41 am

Yg psl NB dtg S'pore on 11 August ni ada advertise kt Suria Channel kan? HEHE.. terpampang gamba album semula padaku kat screen tevee.. terkejut jap! Mesti ramai yg datang nyeeee...
Back to top Go down
View user profile http://www.syazyra.blogspot.com
...tOmok...
NB Vocalist
NB Vocalist


Number of posts : 574
Localisation : Kuala Lumpur
Registration date : 2007-03-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Aug 07, 2007 3:27 am

Waa..ye ke ada klua TV..??hope ramai yg dtg support coz NB ada special performance hari tu..lebih dari launching NB perform..
mlm sebelum tu we just opening as a guest band dgn Ungu jer...

_________________
///New Boyz Rulez\\\
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/newboyzsrc
ria
Members
Members


Number of posts : 114
Age : 29
Localisation : Singapooruuu jin desu
Registration date : 2007-04-06

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Aug 07, 2007 4:57 pm

tU lah! Terkejut jap nmpk muke krg satu2 kat suria! Sikit nye besau! Heehee... eh ape special nye tu? Ni yg buat gue tk sabau nk turun xpo ni!
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Article tentang NB   Today at 12:26 pm

Back to top Go down
 
Article tentang NB
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 8Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NB OFFICIAL FORUM :: NB FORUM :: Sejarah & Perkembangan NB-
Jump to: