NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Article tentang NB

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
AuthorMessage
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Dec 11, 2008 12:30 pm

Mereka pun nak cuba nasib

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my


Antara artis-artis yang mencuba nasib di sesi uji bakat OIAM yang diadakan baru-baru ini.


MEREKA semua sudah dikenali dengan genre muzik masing-masing. Cuma
nasib dan tuah mereka sahaja yang berbeza. Ada yang diterima malah ada
juga tidak berjaya mencuri hati khalayak peminat seni tempatan.
Lantas, demi sebuah kepuasan dan untuk menimba pengalaman yang
berguna sebagai bekalan di masa depan, mereka sanggup mencuba nasib
bagi merubah keadaan.
Meskipun ada yang sudah membina nama, masing-masing sanggup
menebalkan muka untuk memasuki pertandingan realiti televisyen, One In
A Million (OIAM).
Bukan mahu merebut wang ganjaran tersebut tetapi alasan kukuh mereka
ialah mahu menimba pengalaman yang berharga daripada program popular
itu.
Lantas kelima-lima mereka, Tomok, Abot, Pija, Amylea dan Siti Elizad
mencuba nasib pada sesi uji bakat OIAM yang diadakan baru-baru ini.

Mahu buktikan kebolehan – Tomok
Kehadiran vokalis band leleh, New Boys ini pada sesi uji bakat OIAM tempoh hari membuatkan banyak mata memandangnya.
Tidak dinafikan kemunculan Tomok berjaya menarik perhatian semua yang ada ketika itu menerusi fesyen potongan rambut barunya.

Ramai yang berbisik sesama sendiri, tertanya-tanya adakah jejaka
tinggi lampai ini mahu bergerak solo dan langkah menyertai OIAM salah
satu caranya.

Namun, jawapan daripada pelantun lagu Sejarah Mungkin Berulang ini
berjaya menepis segala spekulasi yang berlegar-legar di minda semua
yang ada.


“Tujuan saya masuk OIAM kerana mahu menunjukkan kepada semua bahawa saya juga boleh menyanyi lagu-lagu genre lain.

“Saya mahu mengubah stigma orang ramai yang saya hanya boleh nyanyi
lagu-lagu leleh sahaja,” kata Tomok menjelaskan sebab dia menghadiri
program realiti terbitan stesen televisyen 8TV itu.


Akui Tomok, kesemua ahli New Boys menyokong tindakannya untuk mencuba nasib di OIAM.

“Mereka semua bagi sokongan supaya saya masuk pertandingan ini.
Lagipun daripada pertandingan ini dapatlah saya mengetahui kelemahan
dan dapat belajar segala kesilapan saya,” katanya lagi.


Menyentuh mengenai perkembangan New Boys terang Tomok, kontrak
mereka bersama syarikat rakaman telah pun tamat dan kini mereka dalam
perancangan menerbitkan album terbaru sendiri.


Tunai permintaan ibu
– Siti Elizad
Kemunculan pelakon muda ini juga menarik perhatian semua yang ada di sesi uji bakat OIAM lalu.
Dalam ramai-ramai penyanyi yang hadir terselit dirinya yang tersenyum simpul tatkala disapa pihak media.
Tanpa perlu ditanya dengan lebih lanjut Siti Elizad sendiri membuka
bicara. kata Siti Elizad: “Saya sertai uji bakat ini sebab mak. Mak
saya teringin untuk melihat saya menyanyi di kaca televisyen.
“Mak sedang sakit dan tak boleh bergerak jadi dia sentiasa berada di
depan televisyen sahaja. Setiap kali melihat orang lain menyanyi, mak
akan bersuara mahu melihat saya menyanyi juga.”
Kata pelakon yang membintangi filem Berlari Ke Langit ini sebelum
bergelar pelakon, dia terlebih dahulu telah terlibat dengan bidang
nyanyian.
Bahkan, Siti Elizad pernah mewakili negara menerusi pertandingan Asia Bagus pada tahun 1995.
Namun, kata anak jati Kuala Lumpur ini, ketika itu dia masih lagi di
usia muda dan tidak pernah serius untuk menjadikan bidang nyanyian
sebagai kerjaya.
“Mak yang suruh sertai Asia Bagus dan saya tidak menolak.
Alhamdulillah, saya dapat wakil Malaysia. Hanya setakat itu saja saya
aktif menyanyi. Tidak lama kemudian, mak kurang sihat, jadi saya
lupakan minat untuk jadi penyanyi,” Siti Elizad menyambung cerita.

Tunjuk muzik yang diminati – Amylea
Amylea menyertai pertandingan realiti popular, Akademi Fantasia (AF)
musim ketiga. Selepas AF, nama gadis berambut kerinting ini seakan-akan
menyepi dan bakat seninya seperti dipinggirkan.
Kehadirannya di sesi uji bakat OIAM lalu juga berjaya menarik perhatian peserta lain.
Menyedari akan situasi tersebut membuatkan Amylea kurang selesa.
“Apa yang membuatkan saya takut ialah sudah lama saya tidak sertai
pertandingan. Ketika menyertai uji bakat AF dulu umur saya 19 tahun.
“Saya masih mentah dah tak faham sangat tentang muzik. Kini saya
semakin dewasa dan sudah tahu apa itu muzik. Lantas OIAM merupakan
platform untuk saya tonjolkan muzik yang saya minati,” kata Amylea lagi.
Peminat muzik R & B ini menjelaskan, kini dia bersedia untuk
bersaing dengan yang lain demi memperjuangkan muzik yang diminatinya.
“Saya sudah ada arah tuju muzik. Kalau di AF dulu kita tak boleh uji diri kita kerana kita menyanyikan lagu-lagu yang diberi.
“Tapi OIAM memberi peluang saya menguji diri sendiri menerusi lagu
dan muzik kita. Saya teringin untuk tahu tahap mana kemampuan nyanyian
saya,” jelas Amylea sambil memberitahu album sulung sudah siap
dirakamkan dan hanya menunggu masa untuk diedarkan.

Mencabar diri – Abot
Nama penyanyi bersuara serak ini seakan-akan hilang di hati peminat.
Alasan penyanyi tersebut berdiam diri ialah kerana dia mahu memberi
tumpuan kepada bidang penulisan.
Tetapi dek kerana merasakan masih ada yang kurang pada pencapaian
diri, Abot mengambil keputusan untuk mencuba nasib menerusi OIAM.
Bukan mahu menutup peluang yang lain, terang Abot: “Walaupun sudah
bergelar penyanyi dan penulis tapi saya rasa macam ada yang kurang.
“Lagipun ramai orang cakap kalau sudah kahwin dan sebagainya haluan
seorang penyanyi akan hilang. Kerana itu, saya mencabar diri menyertai
OIAM untuk mengetahui sejauh mana keupayaan saya dan sejauh mana saya
boleh pergi.”
Malah kata Abot, dia juga masih belum berpuas hati dengan tahap nyanyiannya.
“Lazimnya, bila sudah bergelar artis, kita akan beranggapan kita sudah cukup bagus.
“Saya mahu membuang perasaan itu dan membuang ego dengan menyertai
pertandingan ini serta mahu mendengar sendiri teguran juri terhadap
nyanyian saya,” jelas Abot lagi.

Pija tidak kisah dikritik
Juara program Mentor pada tahun 2005 ini sememangnya sudah bersedia
dengan segala kritikan dan tohmahan yang akan dilemparkan oleh khalayak
selepas mengetahui dirinya ingin mencuba nasib di program OIAM.
“Saya tahu pastinya ramai akan kritik dan tak puas hati mengapa saya ingin masuk pertandingan realiti berulang kali.
“Bukannya tamak tapi sebab utama saya masuk kerana mahu menimba pengalaman baru.
“Selepas Mentor saya rasa kerjaya seni saya tidak ke mana. Lantas
OIAM merupakan platform terbaik untuk saya perbaiki dan kembangkan ilmu
seni saya,” katanya.
Uji bakat OIAM katanya, memberi pendedahan yang berguna mengenai industri hiburan kepadanya selepas sekian lama menyepi.
“Kebetulan, saya baru saja muncul dengan single baru bersama kakak
saya (Naufara), jadi ini merupakan promosi yang baik,” katanya jujur.
Tambah Pija, sekiranya dia takut untuk menghadapi kata-kata orang pastinya dia tidak akan ke mana.
“Mahu perbaiki diri kena berani. Kalau takut kita akan berada di
takuk lama sahaja. Apabila masuk pertandingan ini kita akan bertanding
dengan ramai orang jadi lebih banyak perkara akan kita belajar,”
ujarnya.


*********************************************

p/s-rambut abg toms bakal jadi ikutan gaknye pasni..hahahaha!!Twisted Evil lol! lol! lol! lol! lol! Razz Razz Razz Razz Razz

whatever la..cayok ye abg toms..!!


Last edited by ain on Thu Dec 11, 2008 12:38 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Dec 11, 2008 12:35 pm

30 artis sasar RM1j

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my


Rap
GANJARAN lumayan wang tunai RM1 juta yang ditawarkan buat pemenang pertandingan realiti nyanyian One In A Million (OIAM) bukan saja menarik minat orang kebanyakan menyertainya, malah golongan artis tidak ketinggalan mencuba nasib.
Pada musim ketiga kali ini, lebih 30 artis mencuba nasib mempertaruhkan bakat yang ada bersaing bersama muda-mudi berusia antara 16 hingga 32 tahun.

Berbanding tahun sebelumnya yang hanya menerima penyertaan daripada penyanyi sahaja, kehadiran bekas peserta program realiti lain seperti Akademi Fantasia (AF), Mentor, MyStarz LG dan pelakon, tahun ini agak mengejutkan ramai pihak.

Antaranya Abot yang dikenali menerusi lagu-lagu alternatif, Tomok dari New Boyz, Amylea AF5, Pija Mentor, Noufara dan juga pelakon Siti Elizad.

Memandangkan musim ketiga ini mendapat sambutan ramai di kalangan artis, 8TV mengadakan sesi uji bakat khusus untuk mereka di The Gardens Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Peserta AF5, Amylea Azizan, berkata penyertaannya dalam OIAM mendapat kebenaran daripada Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez dan dia sekarang berada dalam tahun pilihan terakhir (3 + 1 tahun) kontrak bersama syarikat berkenaan.

"Bagi saya, tidak sepatutnya timbul 'sumpahan' dan stigma artis tidak mendapat tempat dalam OIAM seperti yang berlaku sebelumnya. Program ini tetap sama seperti yang lain iaitu mencungkil bakat nyanyian.

"Namun perbezaannya, ia hanya melihat kepada bakat dan tidak menyentuh soal peribadi. Jadi artis juga mempunyai peluang sama rata seperti orang lain," katanya yang bercita-cita menghasilkan lagu sendiri dan terbabit di belakang tabir.

Bagi Abot atau nama sebenarnya, Narimah Mohamad, penyertaannya dalam OIAM bertitik-tolak daripada keinginan untuk melalui proses pembelajaran seperti remaja sekarang yang bermula dari bawah.

"Zaman saya dulu tiada program sebegini. Konsep realiti ini bagus kerana ia mengajar kita menjadi penyanyi bersandarkan bakat yang kemudian mendapat didikan daripada mereka yang berpengalaman luas dan profesional.

"Dulu, saya sering mengkritik artis realiti kerana nyanyian sumbang dan sebagainya. Tetapi kali ini, saya akan rasai sendiri bagaimana mereka berdepan dengan realiti dan menghadapi kritikan daripada juri profesional serta masyarakat," katanya.
Berkongsi pendapat sama, vokalis kumpulan New Boyz, Tomok atau Indrawan Ismail, berkata pembabitannya dalam program ini untuk mencuba benda baru dan mencari pengalaman berbeza.

"Saya ingin buktikan boleh menyanyikan lagu berirama lain dengan baik dan tidak terikat dengan lagu 'meleleh' bersama New Boyz. Apa yang menggembirakan, kehadiran saya ke program ini mendapat keizinan dan sokongan daripada mereka.

"Sebagai artis yang masih lagi dalam proses belajar, saya ingin tahu dan dengar kritikan juri untuk menjadi lebih baik lagi. Inilah cara baru untuk saya memperbaiki diri. Jadi saya juga perlu terima hakikat apabila dihentam atau tersingkir, yang penting saya berani mencuba dulu," katanya.

Tidak ketinggalan, juara Mentor musim pertama, Pija atau Norafizah Yasin yang turut menyertai uji bakat OIAM bersama kakaknya Naufara Yasin berkata, bukanlah niatnya untuk mencari populariti menerusi jalan pintas apabila menyertai program ini.

"Kehadiran saya dalam program ini atas sebab pengalaman saya masih belum cukup di bidang nyanyian. Walaupun pernah menjadi juara dalam program realiti lain sebelum ini, tetapi impaknya tidak segah mana.

"Jadi atas dasar untuk mencari platform baru dan terus belajar, saya menyertai OIAM dan bersedia menerima kritikan atau apa saja kemungkinan demi memantapkan lagi karier saya sebagai penyanyi," katanya.

Daripada puluhan artis yang hadir, agak mengejutkan juga apabila melihat kehadiran pelakon muda, Siti Elizad Mohd Sharifudin atau Ejad turut menyertai uji bakat. Katanya, cita-cita asalnya untuk menjadi penyanyi dan bukannya pelakon.

Sewaktu berusia 15 tahun, Ejad pernah mewakili Malaysia ke pertandingan Asia Bagus di Singapura pada 1998. Selain itu, dia juga pernah mengikuti kelas vokal bersama guru vokal AF, Siti Hajar Ismail.

"Ibu yang menggalakkan saya mengadiri uji bakat ini kerana dia mahukan sangat saya menjadi penyanyi dan muncul di televisyen. Lagipun saya tidak mahu mengecewakan hasrat ibu yang kini menghidap parkinson sejak setahun lalu.

"Melihatkan wang ganjaran yang besar RM1 juta, pasti ramai yang mengidam memilikinya. Tidak ketinggalan, saya juga mengidam mendapat wang sebanyak itu untuk membeli ubat dan merawat ibu seandainya berjaya," katanya.

Daripada ribuan peserta dan puluhan artis yang menghadiri uji bakat OIAM, 15 artis berjaya menempah tempat memasuki peringkat 80 peserta terbaik iaitu Wan Mohd Shahril, Ridzwan, Amylea, Pija, Naufara, Tomok, Rain, Mior, Simon, Mohd Yusof, Siti Elizad, Mimie, Rehana, Zhana dan Shafiq. Seterusnya, mereka akan menjalani beberapa lagi saringan sebelum 12 peserta dipilih bertanding dalam musim ketiga OIAM.

Sementara itu, juri tetap OIAM, Syafinaz Selamat, berkata dia mengharapkan artis yang menyertai program ini dapat menampilkan kelainan dan tidak terikat dengan imej lama mereka. Kriteria pemarkahan tetap sama seperti peserta lain, cuma penelitian terhadap mereka lebih teliti dan tinggi penilaiannya.

Paul Moss pula berkata, dia mahu melihat peserta OIAM kali ini lebih menonjol dan mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi meliputi rupa paras, tingkah laku dan kebolehan lain seperti bermain alat muzik sebagai nilai tambah.

Sebagai satu pertandingan, penilaian dan sistem pemarkahan amat penting, hanya terbaik dan berkualiti sahaja dipilih.
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Dec 11, 2008 12:35 pm

Cuba nasib di OIAM





MEMASUKI musim ketiga, One In A Million (OIAM) bukan asing dengan penyertaan para artis yang mahu mencuba nasib dan merebut RM1 juta melalui pertandingan terbitan 8TV ini.
1 Disember lalu, segerombolan artis termasuk pelakon dan penyanyi juga deejay hadir mencuba nasib.
Biar nama seperti Abot dan Khadeeja gagal melayakkan diri, vokalis New Boys, Tomok serta pelakon Ejad, bekas deejay Suria FM, Zhana, Amelia AF serta Ridzuan akan turut sama bersaing dengan peserta biasa untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini kelak.
VAZZ berbicara dengan Abot, Ejad dan Tomok mengenai OIAM, ego serta misi mereka.
Kenapa datang uji bakat hari ini? Tak cukup besar ke status artis sebelum ini? Apa yang dicari sebenarnya?
ABOT: Jujur, saya nak pecahkan ego peribadi saya. Selama ini, saya juga seorang yang penakut untuk menyertai sesebuah pertandingan.
Jadi apabila kita menyertai sebuah pertandingan yang perlu dihakimi, ia mampu memecahkan ego dan memberi pelajaran baru kepada saya.
TOMOK: Saya nak orang melihat sisi lain saya dari sekadar seorang vokalis kumpulan New Boys. Tak semestinya kita artis, kita sudah bagus.
Jadi di sini saya nak belajar dan terima kritikan kerana biar NB sudah ada banyak album, saya masih terus belajar. Saya juga sukakan cara produksi program ini bekerja.

DARI kiri: Abot, Tomok dan Ejad mahu melihat keupayaan diri dengan menyertai OIAM.
EJAD: Saya hadir untuk memenuhi hajat mak saya. Sebenarnya mak lebih suka saya jadi penyanyi berbanding pelakon. Dan sekarang mak sudah setahun lebih menghidap Parkinson.
Jadi saya kira OIAM adalah platform terbaik untuk saya memenuhi hajat mak. Dia nak tengok sangat saya menyanyi. Satu lagi, mestilah saya juga nak tonjolkan bakat terpendam saya sebagai penyanyi.
Tomok, sisi lain maksudnya kamu nak keluar daripada jolokan penyanyi lagu leleh?
T: Ya, itu yang saya maksudkan. Bersama NB, kita sudah ada satu konsep yang ditetapkan sejak ditubuhkan. Dan mungkin orang pun tak pernah tengok saya menyanyi pelbagai jenis rentak lagu.
Jadi melalui OIAM, orang pun boleh tengok kemampuan saya menyanyi lagu-lagu berjalur lain. Inilah sisi lain yang saya maksudkan.
A: Saya setuju. Saya menyertai OIAM juga kerana mahu menyanyi lagu orang lain. Sebab sewaktu jadi penyanyi dulu, kita menyanyikan lagu yang dibikin khas untuk kita. Tapi OIAM memberi peluang untuk kita belajar lagu orang lain.

DARI kiri: Naufara, Ejad, Amelia, Tomok, Abot dan Pija antara artis yang berani dikritik Paul Moss dan Syafinaz.
Tak kisah kalau hilang hak eksklusif artis bila kena belajar, kritik dan bergaul dengan peserta biasa?
E: Tak kisah langsung. Saya nak belajar. Lagipun sebenarnya saya sudah datang uji bakat bersama dengan peserta biasa sebelum ini tapi tidak dibenarkan kerana saya artis. Jadi saya datang semula hari ini.
A: Seni sudah macam darah daging saya. Saya rasa hilang keistimewaan layanan sebagai artis itu amat kecil berbanding pengalaman dan pelajaran yang akan kita kutip selepas itu.
Tapi dikritik dan ditolak itu menyakitkan bukan?
T: (Ketawa) memanglah. Tapi kalau tak ada yang menyakitkan, kita tak akan belajar dan terus selesa. Jadi saya okey. Katakan saya tidak dapat dan dikritik, saya terima. Kerana tak semestinya artis, kita bagus. Semua manusia ada kelemahan.
A: Itu yang saya katakan tadi sebagai memecah ego diri sendiri. Kita faham kerana peraturan tetap peraturan.
E: Sebagai pelakon, saya pula tak pernah rasa ditolak. Jadi berserah sahaja nanti.
A&T: Tapi yang lebih penting, penyertaan ini barangkali memberi peluang kita mengenal kelebihan dan kekurangan diri yang kita tidak sedar selama ini.
Bukan sebab nak popular segera atau mengekalkan populariti yang sudah suam?
T: Tak adalah. Kita dah pernah rasa itu kak. Macam saya cakap tadi, saya nak belajar dan keluar dari kepompong leleh.
A: Bukan, tak betul tu. Popular, saya dah pernah rasa, tapi saya nak rasa tentang sebuah pertandingan.
E: Popular ke masalahnya? (ketawa). Taklah, saya buat dengan misi lebih daripada sekadar popular.
Atau sebab nak rebut RM1 juta?
A: Macam mana ya. Ya, siapa tak nak RM1 juta kan? Tapi dalam OIAM saya juga faham kalau RM1 juta ini termasuk kos untuk pembikinan album dan lain-lain. Selebihnya baru untuk kita.
Dan kalau dapat, saya memang nak kongsi duit itu dengan keluarga saya kerana selama ini saya jarang dapat berkongsi dari segi material.
T: Siapa tak nak duit (ketawa). Tapi macam Kak Abot cakap, duit itu adalah untuk rencana masa depan kita.
E: Dapat duit itu seronok (ketawa). Namun kena tahu matlamat kita dulu. Jadi duit jatuh nombor dua. Saya hanya nak mak tengok saya menyanyi di TV dahulu, kemudian baru fikir menang atau kalah juga soal duit.
Buat persediaan dan apa perasaan sekarang (sewaktu menanti diuji bakat)?
T: Saya buat persiapan tiga empat hari lalu untuk uji bakat ini. Dan sekarang sangat gementar. Maklum, saya kali terakhir diuji bakat pada usia 14 tahun.
Kini selepas 10 tahun, saya kembali uji bakat dan perlu membuktikan sesuatu yang lain daripada imej sedia ada. Jadi, saya takut.
A: Saya pula redah saja. Kalau tak, saya tak akan buat benda ini. Saya fikir baik saya cuba sekarang sebelum umur makin tua (ketawa).
E: Saya tak sempat praktis betul-betul, sebab sibuk di lokasi. Jadi bila tengok semua artis yang datang terdiri daripada penyanyi yang berpengalaman, saya jadi cemas.
Yelah, saya ini pelakon. Bayangkan kalau ada penyanyi yang tak lepas uji bakat, apa pula nasib saya? Takut sangat ni (ketawa).
Kalau saya kata artis dijadikan umpan untuk rating dan menyerikan pertandingan ini macam mana?
A: Itu hanya persepsi. Kita tak boleh nak ubah minda orang. Jika itu tujuan mereka, saya tak berani nak komen.
Tapi saya datang sini untuk kutip ilmu dan pecahkan ego saya. Ini pentas pertandingan, bukan sengaja nak cari publisiti.
T: Saya tak kisah orang nak cakap apa. Kerana saya juga yakin, sesebuah pertandingan memang memerlukan sesuatu yang menarik untuk memikat penonton.
Jika artis dijadikan sebagai penyeri, biarlah ia menyinar dan benar-benar layak masuk bertanding.
E: Mungkin ada sedikit tempias ya, tapi kami di sini masuk bertanding dan kita juga melalui sesi uji bakat seperti semua orang lain.
Jika ada rezeki terpilih, bermakna kalian harus memberi 100 peratus komitmen. Bagaimana dengan dunia lakonan, nyanyian dan penulisan novel?
E: Saya sudah sedia dengan 100 peratus komitmen kerana sejak mak sakit memang saya tak ambil banyak tawaran berlakon.
Berlakon memerlukan pengorbanan masa yang panjang berbanding menyanyi. Jadi jika ada rezeki, jika untuk OIAM, saya memang mampu memberi sepenuh perhatian tanpa perlu terkejar-kejar ke lokasi.
A: Sudah bersedia. Suami pun bagi galakan. Dan novel kelima serta keenam saya, Cinta Dua Langit Senja juga sudah dalam proses penyuntingan. Pendek kata, saya sudah boleh memberi fokus kepada perkara lain.
T: Boleh kerana saya memang penyanyi. Lagipun kontrak NB bersama SRC sudah tamat dan kami kini bergerak sendiri. NB juga dalam proses penghasilan album baru. Jadi sementara itu, saya masih boleh memberi fokus di sini.
Okey, kalaulah terpilih, kalian nak dikenali dengan nama dan imej baru atau mahu kekal seperti sekarang?
A: Kekallah. Orang memang dah kenal saya sebagai Abot. Jadi biarlah Abot sahaja.
E: Saya guna nama Elizad kot. Ya, Elizad sebagai penyanyi. Ejad sebagai pelakon.
T: Tomok sajalah kak. Kalau saya guna Shah Inderawan nanti jenuh pula orang nak hafal nama saya (ketawa).
Panel 1 - Abot
CUKUP terkenal dengan lagu Kasihmu dan Camar, penyanyi yang juga seorang novelis, Abot, tidak segan silu untuk hadir menyertai uji bakat One In A Million (OIAM). Mencuba untuk membuang ego diri, Abot yang gagal melayakkan diri untuk bersaing merebut RM1 juta bagaimanapun optimis bahawa hidup harus selalu mencuba untuk lebih berwarna.
Panel 2 - Tomok
EMPUNYA nama sebenar Shah Inderawan atau Tomok ini cukup terkenal sebagai vokalis kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena tidak lama dahulu, New Boys. Pengalaman sebagai artis sejak usia 14 tahun kata Tomok tidak sama untuk dibandingkan dengan menyertai pertandingan yang perlu dihakimi juri.
Panel 3 - Ejad
DIKENALI sebagai seorang pelakon melalui lakonan bersahajanya menerusi filem Gangster, Siti Elizad Sharifuddin atau dikenali sebagai Ejad ini pernah mendapat bimbingan vokal daripada guru vokal Siti Hajar. Dia juga pernah menyertai Asia Bagus pada usia 14 tahun.
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool


Number of posts : 2261
Age : 25
Registration date : 2007-04-05

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sun Dec 14, 2008 1:16 am

fuhyo.... dah abis abis dah... =)
Back to top Go down
View user profile http://myspace.com/newfazr
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Dec 23, 2008 12:24 pm

Second chance for \'top stars\' on reality talent show














Shah Indrawan Ismail






KUALA LUMPUR: Four established singers have been chosen to compete with
eight other contestants for RM1 million on 8TV\'s reality talent show,
One In A Million 3.





Amylea Azizan
Norafizah Mohamed Yasin
Zulqarnain Jaafar


One of the four is Norafizah Mohamed Yasin or Pija, the champion of TV3\'s talent show, Mentor Season 1.

The others are Akademi Fantasia 3 first runner-up Amylea Azizan, and
vocalists of two popular local rock bands -- Shah Indrawan Ismail or
Tomok of Newboyz
and Zulqarnain Jaafar or Nine of Coco.

The 10-week programme begins in February.

\"I want to be a millionaire,\" said Pija, explaining why she was taking
part. \"Yes, I was the winner of Mentor but, unfortunately, my career
did not take off.\"





In fact, her career stalled after the win in 2005. She did not even have an album.

\"This is my second chance to prove my worth. My advantage is that I\'ve
been through a similar competition and know what to expect.\"

However, Pija said that she was feeling the pressure.

\"My fear is that I may get kicked out in the first few weeks... and I am trying to prepare myself for that.\"

Amylea was also feeling the pressure. Like Pija, her singing career ended with Akademi Fantasia 2.

\"I don\'t want to be known as \'the big-haired girl\' who competed with Mawi in AF any more.\"

She said that she was upset when she did not get any attention after AF3.

\"I need to get noticed again and that\'s why I tried out for OIAM3.\"

Surprised that she was chosen for the show, Amylea promised to give her best.

\"I have to prove to myself and my fans that I can do it and I am
willing to sacrifice everything for this second chance at stardom.\"

As for Tomok, the opportunity would be used to improve himself.

\"I\'ve been in the industry for 10 years and I am still learning. This is the platform for me to learn.\"

The frontman for Newboyz said his colleagues supported his decision to take part in the show.

\"In a way, this will help get Newboyz in the spotlight again.\"

Tomok also hoped that his fans would support him to get into the final.

More than 30 singers and celebrities auditioned together with more than
3,000 other hopefuls to be in the programme last month.

The top 12 were selected on Dec 15 and their names will only be announced by 8TV next month.

OIAM is the only talent show that allows established singers to compete with \"newbies\".

In the first season two years ago, Dayang Nurfaizah competed but did not make it into the final three. The winner was Suki Low.

Last year, three singers made to the Top 12 -- Intan Sarafina, Shahila and Siti Sarah Raisuddin.

Shahila and Siti Sarah made it into the top three but lost to Nor Ayu Damit.

The weekly concert is hosted by Awal Ashari and Marion Caunter, with Paul Moss and Shafinaz Selamat as the judges.

Every week, one contestant with the lowest SMS votes from the public will be eliminated. -- By Meor Shariman


Last edited by ain on Tue Dec 23, 2008 12:25 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Dec 23, 2008 12:24 pm

wah ain dpt gak ek article nih..bagus pantas jerk..tak sia2 inform ain...hehehehe...

akak pun kebetulan jerk bace article nih smlm kt NST...padahal akak nih bukan rajin pun bace NST..bile bukak tak sangka ader citer TOMS..huhuhuhh...jodoh...wakakkaka
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Dec 23, 2008 12:26 pm

huhu..!
tapi susah lorh nak copy artikel nie kat cni..
tgk la..tak jadi..pic pon tak kuar..
yg len tu senang jerk..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
Qu33n^eRz33
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 3497
Registration date : 2007-03-20

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Dec 23, 2008 1:54 pm

cant wait for bulan feb 2009 .....


Last edited by eR_z on Tue Dec 23, 2008 4:13 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile
icun_14



Number of posts : 29
Localisation : clunk
Registration date : 2008-12-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Tue Dec 23, 2008 3:56 pm

saba eh..x lama je lgik..dlm 2 bulan gik..Very Happy
Back to top Go down
View user profile
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sun Dec 28, 2008 11:05 am

New Boyz bergerak sendiri







Rap
SEBELUM ini kumpulan Sofaz dikatakan berpecah,
kini sebuah lagi band yang bernaung di bawah Suria Rekod (SRC)
khabarnya tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman itu.







Perkembangan terbaru ini CAK disampaikan oleh teman rapat seorang
anggota kumpulan remaja itu. Menurutnya, sudah sebulan New Boyz
bergerak sendiri selepas permohonan menamatkan kontrak diluluskan pihak
SRC.

Dari awal kemunculan, jualan album kumpulan ini mencatat
jumlah antara yang tertinggi dalam SRC kecuali Semula Padaku yang
diterbitkan tahun lalu berikutan keadaan pasaran merudum.

CAK
difahamkan, walaupun berat hati, SRC menghormati permintaan New Boyz
yang dilihat mampu berdikari. Khabarnya, selepas ini kumpulan itu akan
menggunakan nama NB dan bukan lagi New Boyz.

Apapun, nantikan pengesahan dan penjelasan lanjut dari New Boyz dan SRC mengenai perkara ini.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
K-T
Members
Members


Number of posts : 223
Age : 29
Localisation : KL
Registration date : 2007-03-30

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sun Dec 28, 2008 11:15 am

hahahah.. ad pown... ain tak ad pic ek...
nanti la singgah beli metro...
Back to top Go down
View user profile
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sun Dec 28, 2008 11:19 am

tu laa..tarak pic..
Ain nak beli Metro takut takde pic gak..huhu!
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
K-T
Members
Members


Number of posts : 223
Age : 29
Localisation : KL
Registration date : 2007-03-30

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sun Dec 28, 2008 11:41 am

yg ain post kat atas nier mtro ker ap?
memang tak ader picca la ek?
Back to top Go down
View user profile
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sun Dec 28, 2008 11:47 am

yup..
tarak pixca..
coz ain copy and paste kat website metro tu jew..
takde lak pic..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
@fiez
NB Guitarist
NB Guitarist


Number of posts : 439
Age : 34
Registration date : 2007-04-05

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sun Dec 28, 2008 3:03 pm

Hmmm sapa agaknyer ye yang bagi maklumat tu hehehe
apapun maklumat diatas adalah benar belaka...
cuma NB sebenarnya nak pastikan radio dah dapat lagu dulu baru kitorang announce kat press... so sebab artikel ni kuar, kitorang dah kelam kabut....
besok juga settle pasal radio dulu..
Back to top Go down
View user profile
eylla89
Members
Members


Number of posts : 1447
Age : 27
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sun Dec 28, 2008 11:26 pm

ila x beli paper la ari ni..
pe sbnrnye y da jd ni??
ila agak blur ni..
huhuhu
Back to top Go down
View user profile http://www.5arifcrew.nice-forum.net
eylla89
Members
Members


Number of posts : 1447
Age : 27
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Mon Dec 29, 2008 12:58 am

ila dpt artikel ni dr kosmo online 29 dec 2008

HIBURAN

Cuba nasib di OIAM







MEMASUKI musim ketiga, One In A Million (OIAM) bukan asing dengan
penyertaan para artis yang mahu mencuba nasib dan merebut RM1 juta
melalui pertandingan terbitan 8TV ini.
1 Disember lalu, segerombolan artis termasuk pelakon dan penyanyi juga deejay hadir mencuba nasib.
Biar nama seperti Abot dan Khadeeja gagal melayakkan diri, vokalis
New Boys, Tomok serta pelakon Ejad, bekas deejay Suria FM, Zhana,
Amelia AF serta Ridzuan akan turut sama bersaing dengan peserta biasa
untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini kelak.
VAZZ berbicara dengan Abot, Ejad dan Tomok mengenai OIAM, ego serta misi mereka.
Kenapa datang uji bakat hari ini? Tak cukup besar ke status artis sebelum ini? Apa yang dicari sebenarnya?
ABOT: Jujur, saya nak pecahkan ego peribadi saya. Selama ini, saya
juga seorang yang penakut untuk menyertai sesebuah pertandingan.
Jadi apabila kita menyertai sebuah pertandingan yang perlu dihakimi,
ia mampu memecahkan ego dan memberi pelajaran baru kepada saya.
TOMOK: Saya nak orang melihat sisi lain saya dari sekadar seorang
vokalis kumpulan New Boys. Tak semestinya kita artis, kita sudah bagus.

Jadi di sini saya nak belajar dan terima kritikan kerana biar NB
sudah ada banyak album, saya masih terus belajar. Saya juga sukakan
cara produksi program ini bekerja.

DARI kiri: Abot, Tomok dan Ejad mahu melihat keupayaan diri dengan menyertai OIAM.


EJAD: Saya hadir untuk memenuhi hajat mak saya. Sebenarnya mak lebih
suka saya jadi penyanyi berbanding pelakon. Dan sekarang mak sudah
setahun lebih menghidap Parkinson.
Jadi saya kira OIAM adalah platform terbaik untuk saya memenuhi
hajat mak. Dia nak tengok sangat saya menyanyi. Satu lagi, mestilah
saya juga nak tonjolkan bakat terpendam saya sebagai penyanyi.
Tomok, sisi lain maksudnya kamu nak keluar daripada jolokan penyanyi lagu leleh?
T: Ya, itu yang saya maksudkan. Bersama NB, kita sudah ada satu
konsep yang ditetapkan sejak ditubuhkan. Dan mungkin orang pun tak
pernah tengok saya menyanyi pelbagai jenis rentak lagu.
Jadi melalui OIAM, orang pun boleh tengok kemampuan saya menyanyi
lagu-lagu berjalur lain. Inilah sisi lain yang saya maksudkan.
A: Saya setuju. Saya menyertai OIAM juga kerana mahu menyanyi lagu
orang lain. Sebab sewaktu jadi penyanyi dulu, kita menyanyikan lagu
yang dibikin khas untuk kita. Tapi OIAM memberi peluang untuk kita
belajar lagu orang lain.

DARI kiri: Naufara, Ejad, Amelia, Tomok, Abot dan Pija antara artis yang berani dikritik Paul Moss dan Syafinaz.


Tak kisah kalau hilang hak eksklusif artis bila kena belajar, kritik dan bergaul dengan peserta biasa?
E: Tak kisah langsung. Saya nak belajar. Lagipun sebenarnya saya
sudah datang uji bakat bersama dengan peserta biasa sebelum ini tapi
tidak dibenarkan kerana saya artis. Jadi saya datang semula hari ini.
A: Seni sudah macam darah daging saya. Saya rasa hilang keistimewaan
layanan sebagai artis itu amat kecil berbanding pengalaman dan
pelajaran yang akan kita kutip selepas itu.
Tapi dikritik dan ditolak itu menyakitkan bukan?
T: (Ketawa) memanglah. Tapi kalau tak ada yang menyakitkan, kita tak
akan belajar dan terus selesa. Jadi saya okey. Katakan saya tidak dapat
dan dikritik, saya terima. Kerana tak semestinya artis, kita bagus.
Semua manusia ada kelemahan.
A: Itu yang saya katakan tadi sebagai memecah ego diri sendiri. Kita faham kerana peraturan tetap peraturan.
E: Sebagai pelakon, saya pula tak pernah rasa ditolak. Jadi berserah sahaja nanti.
A&T: Tapi yang lebih penting, penyertaan ini barangkali memberi
peluang kita mengenal kelebihan dan kekurangan diri yang kita tidak
sedar selama ini.
Bukan sebab nak popular segera atau mengekalkan populariti yang sudah suam?
T: Tak adalah. Kita dah pernah rasa itu kak. Macam saya cakap tadi, saya nak belajar dan keluar dari kepompong leleh.
A: Bukan, tak betul tu. Popular, saya dah pernah rasa, tapi saya nak rasa tentang sebuah pertandingan.
E: Popular ke masalahnya? (ketawa). Taklah, saya buat dengan misi lebih daripada sekadar popular.
Atau sebab nak rebut RM1 juta?
A: Macam mana ya. Ya, siapa tak nak RM1 juta kan? Tapi dalam OIAM
saya juga faham kalau RM1 juta ini termasuk kos untuk pembikinan album
dan lain-lain. Selebihnya baru untuk kita.
Dan kalau dapat, saya memang nak kongsi duit itu dengan keluarga
saya kerana selama ini saya jarang dapat berkongsi dari segi material.
T: Siapa tak nak duit (ketawa). Tapi macam Kak Abot cakap, duit itu adalah untuk rencana masa depan kita.
E: Dapat duit itu seronok (ketawa). Namun kena tahu matlamat kita
dulu. Jadi duit jatuh nombor dua. Saya hanya nak mak tengok saya
menyanyi di TV dahulu, kemudian baru fikir menang atau kalah juga soal
duit.
Buat persediaan dan apa perasaan sekarang (sewaktu menanti diuji bakat)?
T: Saya buat persiapan tiga empat hari lalu untuk uji bakat ini. Dan
sekarang sangat gementar. Maklum, saya kali terakhir diuji bakat pada
usia 14 tahun.
Kini selepas 10 tahun, saya kembali uji bakat dan perlu membuktikan sesuatu yang lain daripada imej sedia ada. Jadi, saya takut.
A: Saya pula redah saja. Kalau tak, saya tak akan buat benda ini.
Saya fikir baik saya cuba sekarang sebelum umur makin tua (ketawa).
E: Saya tak sempat praktis betul-betul, sebab sibuk di lokasi. Jadi
bila tengok semua artis yang datang terdiri daripada penyanyi yang
berpengalaman, saya jadi cemas.
Yelah, saya ini pelakon. Bayangkan kalau ada penyanyi yang tak lepas uji bakat, apa pula nasib saya? Takut sangat ni (ketawa).
Kalau saya kata artis dijadikan umpan untuk rating dan menyerikan pertandingan ini macam mana?
A: Itu hanya persepsi. Kita tak boleh nak ubah minda orang. Jika itu tujuan mereka, saya tak berani nak komen.
Tapi saya datang sini untuk kutip ilmu dan pecahkan ego saya. Ini pentas pertandingan, bukan sengaja nak cari publisiti.
T: Saya tak kisah orang nak cakap apa. Kerana saya juga yakin,
sesebuah pertandingan memang memerlukan sesuatu yang menarik untuk
memikat penonton.
Jika artis dijadikan sebagai penyeri, biarlah ia menyinar dan benar-benar layak masuk bertanding.
E: Mungkin ada sedikit tempias ya, tapi kami di sini masuk
bertanding dan kita juga melalui sesi uji bakat seperti semua orang
lain.
Jika ada rezeki terpilih, bermakna kalian harus memberi 100 peratus
komitmen. Bagaimana dengan dunia lakonan, nyanyian dan penulisan novel?
E: Saya sudah sedia dengan 100 peratus komitmen kerana sejak mak sakit memang saya tak ambil banyak tawaran berlakon.
Berlakon memerlukan pengorbanan masa yang panjang berbanding
menyanyi. Jadi jika ada rezeki, jika untuk OIAM, saya memang mampu
memberi sepenuh perhatian tanpa perlu terkejar-kejar ke lokasi.
A: Sudah bersedia. Suami pun bagi galakan. Dan novel kelima serta
keenam saya, Cinta Dua Langit Senja juga sudah dalam proses
penyuntingan. Pendek kata, saya sudah boleh memberi fokus kepada
perkara lain.
T: Boleh kerana saya memang penyanyi. Lagipun kontrak NB bersama SRC
sudah tamat dan kami kini bergerak sendiri. NB juga dalam proses
penghasilan album baru. Jadi sementara itu, saya masih boleh memberi
fokus di sini.
Okey, kalaulah terpilih, kalian nak dikenali dengan nama dan imej baru atau mahu kekal seperti sekarang?
A: Kekallah. Orang memang dah kenal saya sebagai Abot. Jadi biarlah Abot sahaja.
E: Saya guna nama Elizad kot. Ya, Elizad sebagai penyanyi. Ejad sebagai pelakon.
T: Tomok sajalah kak. Kalau saya guna Shah Inderawan nanti jenuh pula orang nak hafal nama saya (ketawa).
Panel 1 - Abot
CUKUP terkenal dengan lagu Kasihmu dan Camar, penyanyi yang juga
seorang novelis, Abot, tidak segan silu untuk hadir menyertai uji bakat
One In A Million (OIAM). Mencuba untuk membuang ego diri, Abot yang
gagal melayakkan diri untuk bersaing merebut RM1 juta bagaimanapun
optimis bahawa hidup harus selalu mencuba untuk lebih berwarna.
Panel 2 - Tomok
EMPUNYA nama sebenar Shah Inderawan atau Tomok ini cukup terkenal
sebagai vokalis kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena tidak lama
dahulu, New Boys. Pengalaman sebagai artis sejak usia 14 tahun kata
Tomok tidak sama untuk dibandingkan dengan menyertai pertandingan yang
perlu dihakimi juri.
Panel 3 - Ejad
DIKENALI sebagai seorang pelakon melalui lakonan bersahajanya
menerusi filem Gangster, Siti Elizad Sharifuddin atau dikenali sebagai
Ejad ini pernah mendapat bimbingan vokal daripada guru vokal Siti
Hajar. Dia juga pernah menyertai Asia Bagus pada usia 14 tahun.
Back to top Go down
View user profile http://www.5arifcrew.nice-forum.net
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Mon Dec 29, 2008 7:55 am

huhu!
ila sayang..
kak nora dah letak artikel nie aritu..
cube tgk atas sket..huhu!

btw,thanks kongsi artikel nie ngan NBianz ye..
Very Happy
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
@fiez
NB Guitarist
NB Guitarist


Number of posts : 439
Age : 34
Registration date : 2007-04-05

PostSubject: Re: Article tentang NB   Mon Dec 29, 2008 7:38 pm

ehehe ila, ila...
ingatkan artikel baru, nora dah letak lah hehe
ini mest kes tak baca betul2 hehehe
Back to top Go down
View user profile
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool


Number of posts : 2261
Age : 25
Registration date : 2007-04-05

PostSubject: Re: Article tentang NB   Mon Dec 29, 2008 8:07 pm

hie... but okey la... irfan x bace kot sblum nie punyer.. hie..
Back to top Go down
View user profile http://myspace.com/newfazr
eylla89
Members
Members


Number of posts : 1447
Age : 27
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Mon Dec 29, 2008 10:44 pm

alamak..
malunye..
hehehe..
sory ye wat kecoh..
hahaha..
x pasan la..
huhuhu
Back to top Go down
View user profile http://www.5arifcrew.nice-forum.net
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Jan 08, 2009 8:55 pm

Dengarnya...: Empat artis Top 12 OIAM

TIDAK
lama lagi, program pertandingan nyanyian realiti 8TV, One In A Million
(OIAM) akan kembali. Selepas menobatkan Suki dan Ayu sebagai juara dua
musim terdahulu, agaknya tuah siapalah pula untuk menggenggam wang
sejuta ringgit yang ditawarkan itu?


Cik Normah dengar-dengar, ramai juga artis tempatan yang
mencuba nasib sewaktu uji bakat diadakan beberapa bulan lalu. Tetapi
cerita terbaru yang Cik Normah dapat tahu, hanya beberapa kerat saja
artis terbabit yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Top 12.

Antara penyanyi yang memboloskan diri kali ini ialah Nine
daripada kumpulan Coco, Amylea AF, Pija Mentor dan Tomok daripada
kumpulan New Boyz
. Itulah nama yang terlepas ke pendengaran Cik Normah
setakat ini... Kalau ada lagi, maknanya sumber cerita Cik Normah tak
nak bagi tahu semualah tu.

Betul ke tidak mereka ini sah ke Top 12 pun belum pasti. Tetapi menurut
penjaja cerita yang memang boleh dipercayai itu, itulah senarai yang
bocor ke pengetahuannya. Khabarnya lagi, pada tahun ini tumpuan harus
diberikan kepada peserta lelaki.
Kononnya, dia boleh menjadi seorang
lagi peserta yang mampu membuat kejutan sebagaimana Faizal Tahir
berjaya mencipta nama menerusi program musim pertama dulu.


***************************

hadoi cik normah nie..
betul laa..
ape yg tak betulnye..

mmg betul belaka..

New Boyz da tukar name jd NB pon tak tau..

tak up to date lah cik normah nie..hadoiii..
huhu!


Last edited by ain on Thu Jan 08, 2009 9:56 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
K-T
Members
Members


Number of posts : 223
Age : 29
Localisation : KL
Registration date : 2007-03-30

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Jan 08, 2009 9:02 pm

hahahahha.... lawak la ain.. cik normah becok tu pown leh jadi bahan...
Back to top Go down
View user profile
eylla89
Members
Members


Number of posts : 1447
Age : 27
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Jan 08, 2009 9:20 pm

ni paper mane ek??
Back to top Go down
View user profile http://www.5arifcrew.nice-forum.net
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool


Number of posts : 2261
Age : 25
Registration date : 2007-04-05

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Jan 09, 2009 1:08 am

haha.. ingat cik normah tuh nak thu sumer ke.. mmng ramai x thu lagi newboyz dah tukar NB.. take time la.. =)
Back to top Go down
View user profile http://myspace.com/newfazr
Sponsored content




PostSubject: Re: Article tentang NB   Today at 3:43 pm

Back to top Go down
 
Article tentang NB
View previous topic View next topic Back to top 
Page 5 of 8Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NB OFFICIAL FORUM :: NB FORUM :: Sejarah & Perkembangan NB-
Jump to: