NB OFFICIAL FORUM

MALAYSIAN POP ROCK BAND SINCE 1999
 
HomeHome  PortalPortal  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Article tentang NB

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
AuthorMessage
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool


Number of posts : 2261
Age : 25
Registration date : 2007-04-05

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Jan 21, 2009 9:18 pm

eylla :haha tengok jer x dpt faedah.. kena vote bru dpt.. haha.. =)
Back to top Go down
View user profile http://myspace.com/newfazr
eylla89
Members
Members


Number of posts : 1447
Age : 27
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Jan 22, 2009 12:00 am

hehehe..
ila bru tau la..
pasni ila akan vote..
hehehe
Back to top Go down
View user profile http://www.5arifcrew.nice-forum.net
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool


Number of posts : 2261
Age : 25
Registration date : 2007-04-05

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Jan 22, 2009 12:06 am

hehehe okey.. nk login(murai) pakai epass era pn boleh..
Back to top Go down
View user profile http://myspace.com/newfazr
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sat Jan 31, 2009 8:06 pm

Local star launches his debut album




A local singer makes his debut in the
entertainment industry with the launching of his first album.






Using Ajees as his commercial name, the
18-year old student joins the ranks of other local artists who have
produced their own album. The album, “Rahsia Hati” was launched by
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah at a ceremony
in a hotel in Gadong. Ajees, from Kampung Sengkarai in the Tutong
District, owns a recording studio and this make it possible for him to
brush up his singing talent over the years.










***************

ain rase cam artikel nie sikit pelik laa..scratch scratch scratch scratch scratch scratch


According to the album’s Production
Manager, Dayang Kusmawati binti Haji Hamdan, the album is a joint
venture project with a Malaysian recording company
own by a popular
Malaysian artist, “Tomok” or Shah Indrawan
. Tomok, a successful
singer himself, was present at the launching and said that Ajees has
the talent and potential to become a good singing artist in the
future.


The album contains 10 songs, which were
written by several popular Malaysian composers such as Ajai, Johari
Teh and Zul of Two By Two







Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sat Feb 14, 2009 10:52 am

6 penyanyi sedia ada dalam saingan


Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my



Rap
BAHANG pertandingan program realiti yang
menawarkan imbuhan paling lumayan, One In A Million musim ketiga
(OIAM3) bermula dengan pengumuman 12 peserta bertuah yang layak ke
peringkat akhir pada sidang media di Menara Kuala Lumpur, di sini,
petang semalam.


Enam daripada mereka adalah nama yang sudah dikenali iaitu Norafizah
Mohd Yasin (Pija), 20; Shah Indrawan Ismail (Tomok), 25; Amylea Azizan
(Amylea), 22; Muhammad Ridzuan Sharifudin (Rizu), 19, Zulqarnain Jaafar
(Nine), 27, dan Rehana Mohd Yunus (Han), 22.

Nama Rizu
mungkin kurang dikenali tetapi anak muda ini pernah melakar kejayaan
sebagai Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 2006, Nine
adalah vokalis kumpulan Coco manakala Rehana pemenang tempat ketiga
Bintang RTM 2007.

Sudah tentu OIAM3 begitu sengit apabila
ramai peserta dalam kalangan artis yang sudah mempunyai nama untuk
bersaing dengan Nasharul Aweera Noriyissham (Aweera),18; Anith Aqilah
Sulaiman Lim (Anith), 17; Nurhidayu Md Tekhary (Ayu), 20; Fify Emielia
Shazlin Ahmad Murshadi (Fify),19; Simon, 25 dan Elizabeth Applunius
Chin (Esther), 21.

Harian Metro diberi peluang bertemu 12
finalis ini ketika memulakan sesi latihan bersama mentor vokal OIAM3,
penyanyi popular Ning Baizura Hamzah.

Amylea yang punya
pengalaman menyanyi selama lima tahun dan menduduki tempat ketiga
program realiti popular, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berjanji
memberikan yang terbaik dan sedar banyak pengorbanan yang perlu
dilakukannya.

Mengagumi Alicia Keys, Michael Jackson dan Hujan, Amylea berkata, ibu adalah pendorong utama baginya untuk memasuki OIAM3.

"Selepas meninggalkan AF3, saya bercadang meneroka lebih jauh bidang
muzik menerusi pertandingan realiti TV yang lain pula. Maestro Talent
sendiri memberi sokongan kepada saya untuk mencuba nasib menerusi
program ini.

"Apabila menyertai OIAM3, banyak pengorbanan perlu
dilakukan. Selain terpaksa berjauhan dengan keluarga dan tidak dapat
memenuhi undangan persembahan yang juga periuk nasi saya dan keluarga,
saya juga tidak dapat turun padang mempromosikan album yang baru
menjengah pasaran," katanya.

Mengenai peluangnya untuk bergelar
juara, Amylea mengakui sebagaimana pertandingan yang pernah disertainya
sebelum ini, sudah pasti impiannya untuk menang kerana ganjaran wang
tunai yang lumayan.









"Selain untuk menambah pengalaman, saya ingin sama-sama
berganding bahu dengan bakat baru untuk tampil dengan idea segar
seterusnya menyemarakkan lagi industri seni tanah air. Pada masa sama,
saya akan terus memberi sumbangan kepada industri muzik menerusi
penulisan lagu dan persembahan.















"Bagi saya, semua peserta berpeluang untuk menang. Namun
bersandarkan pengalaman dan vokal, Esther, Nine dan Tomok mempunyai
kelebihan itu. Apapun, masih terlalu awal untuk meramalkannya," katanya.

Juara Mentor pada 2007, Pija, menaruh harapan untuk melangkah ke Top 3, sekali gus menjuarai pertandingan ini.

Penggemar muzik rock dan peminat kumpulan Meet Uncle Hussain ini
mengakui dia menghadiri uji bakat OIAM 3 bersama kakak, Naufara tetapi
tuah lebih menyebelahi dirinya.

"Saya berharap bintang saya
dalam bidang nyanyian kembali bersinar selepas menyertai pertandingan
ini. Maklumlah selepas lebih tiga tahun menunggu, saya sekadar tampil
dengan single saja berbanding artis seangkatan yang sudah mempunyai
album solo," katanya.

Penyanyi yang menempa nama menerusi
kumpulan New Boyz, Tomok berkata, dia memasuki pertandingan itu untuk
mengukuhkan lagi nama dan bandnya di persada muzik tanah air.

Kata Tomok, bukan bermakna penyertaan ini sebagai jambatan untuknya bergerak solo selepas ini.

"Saya masih setia bersama kumpulan New Boyz yang kini dikenali dengan
nama NB. Malah, semua anggota NB memberi sokongan kepada saya memasuki
pertandingan ini.

"Mungkin tidak banyak publisti mengenai kami
sejak bergerak sendiri. Terbaru, kami tampil dengan single Terima Kasih
Hero dan Kau Pergi," katanya.

Tomok yang mengagumi Seniman
Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee berkata, dia bercita-cita menjadi
juara pertandingan ini kerana setakat ini belum ada peserta dalam
kalangan artis yang menang pada musim terdahulu.

"Saya ingin
menjadi 'Tomok yang baru' dalam pertandingan ini dan bekerja keras
untuk mencapai impian itu. Maklumlah, persaingan sengit pada
pertandingan ini terutama dalam kalangan artis yang sudah ada nama.

"Jika tuah menyebelahi, saya bercadang menggunakan wang hadiah
kemenangan itu nanti bagi membuka studio rakaman sendiri. Pada masa
sama, bekerjasama dengan komposer terbaik dalam negara ini serta
menghasilkan album lebih berkualiti pada masa depan," katanya.

Rizu yang juga pemenang A Best New Excellent Artist di Festival Muzik
Asia Shanghai 2006 berkata, dia memasuki pertandingan itu untuk
mendapat pendedahan lebih luas dalam bidang nyanyian.

"Sekalipun pernah menang pertandingan nyanyian sehingga ke peringkat
antarabangsa nampaknya masih ramai yang tidak kenal saya. Saya memasuki
pertandingan ini untuk meningkatkan lagi ilmu dalam bidang nyanyian dan
membaiki prestasi sedia ada. Harapan saya sekurang-kurangnya mampu
melangkah ke Top 3.

"Jika menang, saya ingin menggunakan wang
kemenangan untuk pembikinan album penuh yang saya nantikan selama ini.
Sepanjang lima tahun bersama syarikat rakaman, saya sempat tampil
dengan single dan album kompilasi saja.

"Justeru, saya
berharap pertandingan ini membantu mencapai impian untuk buat album
penuh lebih berkualiti nanti," katanya yang mengagumi Fantasia Barrino
dan Bryan Mcknight.

Sementara itu, Nine berkata, dia memasuki pertandingan itu untuk mempromosikan lagi nama Coco di persada muzik tempatan.

"Semua orang masuk pertandingan untuk menang tetapi apa yang paling
penting adalah ilmu dan pengalaman ditimba dalam pertandingan program
realiti TV ini," katanya.

Nine yang mengagumi Bono dari U2 dan
bersama Coco sejak di sekolah menengah berkata, antara peserta yang
memberi saingan sengit kepadanya ialah Simon.

"Simon mempunyai
semua kriteria sebagai pemuzik band seperti saya. Peserta lain juga
sangat baik dan peramah dan bakat mereka juga tidak kurang hebatnya,"
katanya.

Ning gembira kongsi pengalaman

BEKAS
pengkritik program Akademi Fantasia musim ke-6 dan juga menjayakan
Mentor, kini diberi kepercayaan sebagai mentor vokal bagi 12 finalis
musim ketiga OIAM 3.

Ning yang juga anak didik guru vokal
terkenal Siti Chairani berkata, dia gembira kerana dapat berkongsi
pengalamannya sebagai penghibur lebih 16 tahun dengan 12 finalis
program realiti TV popular itu.

"Selaku vokal mentor, saya
sedar tanggungjawab besar yang menanti. Apatah lagi, vokal mentor dan
inspirasi adalah pendekatan baru diperkenalkan 8TV dalam program ini.

"Saya berusaha membimbing pelajar sebaik mungkin dengan ilmu dan
pengalaman sedia ada. Apatah lagi, saya memang mengajar vokal kepada
orang luar yang berminat dan kelas vokal itu dibuat di studio sendiri,"
katanya.

Ning berkata, kelasnya juga bermula sejak 19 Januari lalu untuk tempoh dua minggu membabitkan aspek vokal dan persembahan.

"Saya berpeluang membimbing mereka sebelum mula bersaing di pentas sebenar OIAM3 bermula 20 Februari nanti.

"Kelas saya membabitkan lebih 10 sesi iaitu sesi pengenalan bagaimana
menjadi penyanyi yang baik dan berkongsi pengalaman serta pahit getir
sejak bergelar penghibur. Sesi seterusnya ialah teknik nyanyian
membabitkan 20 teknik vokal dan penguasaan pentas.

"Saya
belajar daripada pengalaman sebelum ini iaitu menekankan lebih aspek
teori berbanding praktikal. Justeru, setiap kelas ada sesi 'spritual
circle' untuk menaikkan semangat pelajar sebelum kelas bermula.

"Saya juga menggunakan tema berlainan pada setiap sesi bagi memastikan
sesi pembelajaran lebih menarik. Antaranya, banyak permainan dan lebih
interaktif," katanya. Ning berkata, daripada pemerhatiannya, ada
peserta yang juga penyanyi profesional tidak tahu mengenai teknik
nyanyian yang betul.

"Apapun, peserta dalam kalangan artis
lebih mudah untuk dibimbing kerana mereka ada pengalaman sebagai
penyanyi. Bagaimanapun, peserta yang bukan golongan artis pula
semangatnya lebih tinggi kerana ia pengalaman baru bagi mereka.

"Finalis kali ini mempunyai kualiti dan kekuatan tersendiri iaitu kualiti muzik mereka lebih variasi dan versatil," katanya.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
eylla89
Members
Members


Number of posts : 1447
Age : 27
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sat Feb 14, 2009 11:07 am

tq ain..
Back to top Go down
View user profile http://www.5arifcrew.nice-forum.net
NoraJoey
President
President


Number of posts : 3042
Age : 32
Registration date : 2007-03-21

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sat Feb 14, 2009 11:08 am

paling suke statement nih

"Bagi saya, semua peserta berpeluang untuk menang. Namun
bersandarkan pengalaman dan vokal, Esther, Nine dan Tomok mempunyai
kelebihan itu. Apapun, masih terlalu awal untuk meramalkannya,"
Back to top Go down
View user profile http://norajoey.blogspot.com
irfansk8
NBianz Cool
NBianz Cool


Number of posts : 2261
Age : 25
Registration date : 2007-04-05

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sat Feb 14, 2009 3:40 pm

haha.. irfan pulak ske statement nie..

"Saya ingin
menjadi 'Tomok yang baru' dalam pertandingan ini dan bekerja keras
untuk mencapai impian itu.
Back to top Go down
View user profile http://myspace.com/newfazr
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Mon Feb 16, 2009 9:11 am

Semuanya sama saja


Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my









PESERTA yang akan bersaing merebut ganjaran RM1 juta dalam One In A Million musim ketiga.


12 peserta memulakan cabaran OIAM musim ketiga pada 20 Februari ini

TERCIPTA
untuk memberikan kembali kepada industri seni dan menghulur sokongan
kepada kepada 'seseorang' yang layak untuk dibantu, maka terhasillah
pertandingan nyanyian One In A Million (OIAM) yang kini merentas ke
musim ketiga.

Seramai 12 peserta bakal berentap merebut wang tunai RM1 juta
diumumkan minggu lalu di Menara Kuala Lumpur dengan sebahagian
daripadanya pernah menyinar pertandingan realiti nyanyian seperti
Mentor, Akademi Fantasia dan Suara Emas Bintang RTM.






Mereka ialah Pija, Tomok, Han, Rizu, Nine dan Amylea.
Selebihnya ialah Simon, Esther, Aweera, Anith, Ayu dan Fify. Namun
begitu mereka ini masih dilihat sama pada mata juri tetap, Syafinaz
Selamat dan Paul Moss yang terbabit menyenarai pendek nama mereka
daripada 80 orang peserta peringkat awal.




Dua musim terdahulu menyaksikan juara OIAM adalah Suki dan
Ayu. Kedua-duanya adalah mewakili golongan wanita dan apakah tahun
ketiga ini bakal berlaku kejutan yang mana kemenangan akan berpihak
kepada golongan lelaki. Ia masih terlalu awal untuk diperdebatkan dan
kehangatan OIAM 3 akan bermula mulai 20 Februari ini hanya di 8tv.

Program realiti ini yang bukan semata-mata untuk mengejar
rating tinggi menurut Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar,
OIAM memberi peluang hidup baru kepada yang bertuah dan sewajarnya
layak menerima ganjaran wang yang cukup tinggi jumlahnya.


“Rating
dan keuntungan akan datang dan pergi. Tapi bakat yang berkualiti dan
terbaik bukan semudah yang disangka. Saya berani cakap 12 peserta kali
ini adalah yang terbaik selama saya berada di kelompok penerbitan
program ini dihasilkan di 8TV.








“Sejarah sebelum ini juga menunjukkan belum ada penyanyi
rakaman atau profesional yang ditabalkan sejarah. Harapnya nanti kita
akan bertemu dengan juara yang boleh menjadi bintang paling bersinar.

“Saya percaya setiap daripada finalis ini layak untuk berada
di dalam OIAM3 dan memenuhi kriteria sebagai penghibur. Mereka sudah
melalui peringkat demi peringkat dan saya akur bahawa proses
penyingkiran yang dilakukan bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Sementara itu, penerbit dan komposer yang sering dilabel
bermulut laser persis Simon Cowell (juri American Idol )menerusi siri
pertandingan ini menyifatkan 12 finalis yang terpilih ini mempunyai
identiti vokal yang tersendiri. Malahan, katanya yang sering bertelagah
pendapat dengan rakan jurinya, Syafinaz Selamat, pada ketika ini,
mereka sudah mampu mempersembahkan ‘jenama’ dan gaya sendiri.




Merujuk
kepada peserta musim ini, Moss bersetuju dengan pendapat rakan wartawan
yang mengandaikan populariti enam penyanyi rakaman yang layak musim ini
tidak mempunyai jurang perbezaan yang banyak sangat dengan peserta
amatur.

“Mungkin juga ini bagus untuk semua peserta kerana soal
jurang hanyalah perkara subjektif. Mereka melalui proses yang sama
seperti dikritik dan dipuji. Paling jelas, mereka yang layak sudah
memahami konsep program ini. Saya berharap semangat mereka tidak
luntur.

“Saya tidak boleh agak siapa yang bakal bergelar juara kerana
di akhirnya ada saja kejutan yang tak disangka-sangka. Keyakinan
peserta kali ini juga amat baik. Tidak adil saya namakan peserta mana
yang bagus kerana setiap mereka ada kehebatan dan kelemahan tersendiri.


“Sebagai contoh, Simon boleh menyanyi sambil bermain gitar.
Pija dan Tomok yang ada pengalaman boleh dijadikan bekalan terbaik
beraksi di pentas OIAM 3,” kata Paul Moss yang berseloroh mengatakan
dia bermulut laser bukan sesuatu yang dirancang.

Info: OIAM 3

  • Sesi uji bakat yang dilaksanakan merangkumi lima buah lokasi terpilih sekitar Malaysia.
  • Sebanyak 15 episod persembahan secara langsung
    disiarkan di 8TV mulai 20 Februari ini sehinggalah proses penyingkiran
    yang dilakukan berbaki tiga orang yang akan melayakkan mereka merebut
    gelaran juara dan RM1 juta pada 1 Mei nanti.
  • Selain mengekalkan juri tetap Paul Moss dan Syafinaz Selamat, hos program ini ialah Awal Ashaari dan Marion Counters.
  • Semua peserta akan diberikan latihan awal menerusi
    kepakaran tertentu seperti Ning Baizura sebagai Mentor Vokal, Pat
    Ibrahim (Mentor Persembahan Pentas), Juita Abdul Jalil (Mentor
    Keseluruhan Persembahan) dan Yuaz (Pelatih Vokal).
  • Bermula 2 Mac juga peserta yang tersingkir akan
    berbual secara langsung dengan penonton dan peminat menerusi One In A
    Million Star Chat di laman web: www.guamuzik.com.my jam 2 hingga 3
    petang.



Yang menarik

  • Artis Harapan Anugerah Industri
    Muzik 2006, Ridzuan kini menukar namanya sebagai Rizu selepas layak
    menyertai OIAM 3. Penyanyi ini hanya menjangkakan dia hanya layak untuk
    top 40.
  • Esther dari Kota Kinabalu dikatakan mempunyai vokal seksi malah sewaktu bercakap bunyinya seakan penyanyi Azharina.
  • Simon antara peserta yang layak kali ini memanfaatkan peluang kedua selepas gagal di OIAM musim lalu.
  • Aweera peserta yang ingin memartabatkan rock 80-an dan tidak sanggup mengorbankan rambutnya andai diminta memotongnya.
  • Pija menganggap OIAM tidak sama dengan Mentor. Pija adalah juara Mentor musim pertama.
  • Tomok dan Nine masing-masing mendapat restu anggota kumpulan mereka masing-masing iaitu Newboyz dan Coco.

  • Amylea menyifatkan penyertaan dalam OIAM kini sebagai matang dan lebih jelas sasaran serta matlamat yang ingin dicapainya.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
K-T
Members
Members


Number of posts : 223
Age : 29
Localisation : KL
Registration date : 2007-03-30

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Aug 26, 2009 4:52 pm

Tomok: Puasa Tahun Ini Berbeza



by Miss Ayu | 26 Aug 2009
Juara One In A Million musim ketiga, Shah Indrawan Ismail atau lebih
dikenali sebagai Tomok mengakui tahun ini Ramadhan yang dilalui cukup
berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Menurut Tomok, jika dua tiga
tahun lepas, bulan puasa dilalui seperti kebanyakan orang lain, tetapi
tahun ini dia sibuk memenuhi undangan berbuka puasa anjuran pelbagai
pihak.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya perlu memenuhi undangan
berbuka puasa. Seronok juga rasanya kerana saya sudah lama tidak
melalui suasana ini. Dahulu ketika New Boyz tengah popular memang ada
banyak terima undangan berbuka puasa, tetapi apabila menyepi, tiada
lagi acara-acara macam ini. Tahun ini saya rasa seperti kembali semula
dalam industri. Malah, saya juga ada terlibat dengan beberapa program
raya terbitan beberapa stesen televisyen,” ujar Tomok.

Diminta bercerita tentang pengalaman berpuasanya pada ‘zaman’ dia
menyepikan diri, Tomok memberitahu yang dia dahulu pernah berniaga di
bazar Ramadhan bagi mencari duit poket untuk berhari raya.

“Dahulu saya pernah berniaga di Bazar Ramadhan Bandar Tun Razak. Saya
jual ayam goreng berempah. Ketika itu sambutan menggalakkan dan
bolehlah kumpul duit untuk beraya. Kalau diingatkan, pengalaman
berniaga itu memang menyeronokkan. Tetapi tahun ini, aktiviti seni
bermula kembali. Ha! Tahun ini giliran saya pulalah berkunjung ke bazar
Ramadhan untuk mencari juadah. Saya suka makan kuih lopis semasa
berbuka.

“Satu lagi kenangan yang tidak boleh saya lupakan ialah ketika New Boys
tengah popular. Ketika itu, kami mendapat banyak sangat kad raya.
Sampai tidak menang tangan untuk membalasnya. Bagi menjaga hati
peminat, Tomok dan rakan-rakan akan turunkan tandatangan sahaja di atas
kad. Bukan itu sahaja, baju raya pun Tomok tidak perlu beli kerana ada
peminat yang bermurah hati nak sponsor. Dapatlah jimat duit.

“Sekarang dah lain, semua orang lebih selesa gunakan internet atau
telefon bimbit untuk hantarkan ucapan raya. Peminat juga sudah berubah.
Mungkin kerana mereka ini membesar bersama Tomok. Cara mereka meminati
artis lebih matang. Sebab itulah, Tomok tidak boleh lupakan keseronokan
menyambut puasa dan raya masa dulu-dulu. Suasananya lebih meriah,”
cerita Tomok mengimbas nostalgia lalu.

Menyentuh tentang karier penyanyi “Sejarah Mungkin Berulang” ini, tidak
lama lagi Tomok akan hadir dengan single terbaru. Single yang sudah
siap dirakam ini bagaimanapun masih belum mempunyai judulnya kerana
masih dalam perbincangan.

“Kalau tiada masalah, single ini akan dimainkan di corong-corong radio
bermula September atau Oktober ini. Dalam masa yang sama, saya juga
tengah sibuk dengan rakaman album terbaru. Album berkonsepkan pop rock
ini membariskan beberapa komposer seperti Aubrey Suwito, Sazzy dan juga
Afieq, gitaris New Boyz . Saya sudah pun selesai merakamkan dua buah
lagu.


“Album ini juga dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun ini.
Setakat ini saya dan pihak pengurusan, Monkey Bone Records masih lagi
berbincang sama ada ingin merakam tujuh atau 10 buah lagu. Kalau
ikutkan saya memanglah saya mahukan 10 buah lagu, tetapi itu terpulang
kepada pihak pengurusan kerana pasaran sekarang ini agak mencabar,”
ujar Tomok panjang lebar.

Selain sibuk dengan proses rakaman album, Tomok juga sedang bersedia
untuk memulakan sesi pengambaran filem pertamanya iaitu ‘Mantera’.
Menerusi filem ini Tomok akan melakonkan watak superhero di bawah
arahan Mohd. Aliar Ally. Tomok akan digandingkan bersama Liza Surihani
yang membawakan watak heroin dalam filem yang boleh dikategorikan
bertaraf antarabangsa ini.

‘Mantera’ diterbitkan oleh Flare Studio Sdn. Bhd, sebuah syarikat
produksi tempatan yang akan berkerjasama dengan produksi dari Rusia
bagi menggabungkan teknologi yang dibawa dari negara itu.

Menurut Tomok, dia bersetuju berlakon dalam filem itu kerana tertarik
dengan jalan ceritanya dan juga teruja kerana difahamkan filem itu akan
ditayangkan di Rusia terlebih dahulu.

“Bagi Tomok, tawaran berlakon dalam filem ini merupakan peluang yang
cukup besar. Maklumlah ia melibatkan produksi antarabangsa. Ini
merupakan peluang besar untuk Tomok mencuba bakat dalam bidang lakonan.
Selain itu, Tomok terima tawaran ini kerana tertarik dengan jalan
cerita filem ini yang ke arah futuristik.”

Nampaknya Tomok memang sibuk dengan pelbagai aktiviti Ramadhan ini.
Patutlah Tomok sudah pun selesai dengan semua persiapan rayanya.
Percaya atau tidak, walaupun tidak sampai seminggu kita berpuasa,
rupa-rupanya Tomok sudah selesai membeli pakaian raya. Malah, Tomok
juga sudah membeli langsir baru untuk rumah keluarga.
Back to top Go down
View user profile
K-T
Members
Members


Number of posts : 223
Age : 29
Localisation : KL
Registration date : 2007-03-30

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Aug 26, 2009 4:53 pm

ini gmbr kat gua.com tu...huhuhu









Back to top Go down
View user profile
eylla89
Members
Members


Number of posts : 1447
Age : 27
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Aug 26, 2009 5:33 pm

K-T wrote:
Tomok: Puasa Tahun Ini Berbeza



by Miss Ayu | 26 Aug 2009
Juara One In A Million musim ketiga, Shah Indrawan Ismail atau lebih
dikenali sebagai Tomok mengakui tahun ini Ramadhan yang dilalui cukup
berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Menurut Tomok, jika dua tiga
tahun lepas, bulan puasa dilalui seperti kebanyakan orang lain, tetapi
tahun ini dia sibuk memenuhi undangan berbuka puasa anjuran pelbagai
pihak.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya perlu memenuhi undangan
berbuka puasa. Seronok juga rasanya kerana saya sudah lama tidak
melalui suasana ini. Dahulu ketika New Boyz tengah popular memang ada
banyak terima undangan berbuka puasa, tetapi apabila menyepi, tiada
lagi acara-acara macam ini. Tahun ini saya rasa seperti kembali semula
dalam industri. Malah, saya juga ada terlibat dengan beberapa program
raya terbitan beberapa stesen televisyen,” ujar Tomok.

Diminta bercerita tentang pengalaman berpuasanya pada ‘zaman’ dia
menyepikan diri, Tomok memberitahu yang dia dahulu pernah berniaga di
bazar Ramadhan bagi mencari duit poket untuk berhari raya.

“Dahulu saya pernah berniaga di Bazar Ramadhan Bandar Tun Razak. Saya
jual ayam goreng berempah. Ketika itu sambutan menggalakkan dan
bolehlah kumpul duit untuk beraya. Kalau diingatkan, pengalaman
berniaga itu memang menyeronokkan. Tetapi tahun ini, aktiviti seni
bermula kembali. Ha! Tahun ini giliran saya pulalah berkunjung ke bazar
Ramadhan untuk mencari juadah. Saya suka makan kuih lopis semasa
berbuka.

“Satu lagi kenangan yang tidak boleh saya lupakan ialah ketika New Boys
tengah popular. Ketika itu, kami mendapat banyak sangat kad raya.
Sampai tidak menang tangan untuk membalasnya. Bagi menjaga hati
peminat, Tomok dan rakan-rakan akan turunkan tandatangan sahaja di atas
kad. Bukan itu sahaja, baju raya pun Tomok tidak perlu beli kerana ada
peminat yang bermurah hati nak sponsor. Dapatlah jimat duit.

“Sekarang dah lain, semua orang lebih selesa gunakan internet atau
telefon bimbit untuk hantarkan ucapan raya. Peminat juga sudah berubah.
Mungkin kerana mereka ini membesar bersama Tomok. Cara mereka meminati
artis lebih matang. Sebab itulah, Tomok tidak boleh lupakan keseronokan
menyambut puasa dan raya masa dulu-dulu. Suasananya lebih meriah,”
cerita Tomok mengimbas nostalgia lalu.

Menyentuh tentang karier penyanyi “Sejarah Mungkin Berulang” ini, tidak
lama lagi Tomok akan hadir dengan single terbaru. Single yang sudah
siap dirakam ini bagaimanapun masih belum mempunyai judulnya kerana
masih dalam perbincangan.

“Kalau tiada masalah, single ini akan dimainkan di corong-corong radio
bermula September atau Oktober ini. Dalam masa yang sama, saya juga
tengah sibuk dengan rakaman album terbaru. Album berkonsepkan pop rock
ini membariskan beberapa komposer seperti Aubrey Suwito, Sazzy dan juga
Afieq, gitaris New Boyz . Saya sudah pun selesai merakamkan dua buah
lagu.


“Album ini juga dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun ini.
Setakat ini saya dan pihak pengurusan, Monkey Bone Records masih lagi
berbincang sama ada ingin merakam tujuh atau 10 buah lagu. Kalau
ikutkan saya memanglah saya mahukan 10 buah lagu, tetapi itu terpulang
kepada pihak pengurusan kerana pasaran sekarang ini agak mencabar,”
ujar Tomok panjang lebar.

Selain sibuk dengan proses rakaman album, Tomok juga sedang bersedia
untuk memulakan sesi pengambaran filem pertamanya iaitu ‘Mantera’.
Menerusi filem ini Tomok akan melakonkan watak superhero di bawah
arahan Mohd. Aliar Ally. Tomok akan digandingkan bersama Liza Surihani
yang membawakan watak heroin dalam filem yang boleh dikategorikan
bertaraf antarabangsa ini.

‘Mantera’ diterbitkan oleh Flare Studio Sdn. Bhd, sebuah syarikat
produksi tempatan yang akan berkerjasama dengan produksi dari Rusia
bagi menggabungkan teknologi yang dibawa dari negara itu.

Menurut Tomok, dia bersetuju berlakon dalam filem itu kerana tertarik
dengan jalan ceritanya dan juga teruja kerana difahamkan filem itu akan
ditayangkan di Rusia terlebih dahulu.

“Bagi Tomok, tawaran berlakon dalam filem ini merupakan peluang yang
cukup besar. Maklumlah ia melibatkan produksi antarabangsa. Ini
merupakan peluang besar untuk Tomok mencuba bakat dalam bidang lakonan.
Selain itu, Tomok terima tawaran ini kerana tertarik dengan jalan
cerita filem ini yang ke arah futuristik.”

Nampaknya Tomok memang sibuk dengan pelbagai aktiviti Ramadhan ini.
Patutlah Tomok sudah pun selesai dengan semua persiapan rayanya.
Percaya atau tidak, walaupun tidak sampai seminggu kita berpuasa,
rupa-rupanya Tomok sudah selesai membeli pakaian raya. Malah, Tomok
juga sudah membeli langsir baru untuk rumah keluarga.

x abis2 ngnkuih lopis die...
hahahaha..
penulis ni byk salah eje nama org la..
sian abg afiez..
tetibe jd afieq..
hehehehe
Back to top Go down
View user profile http://www.5arifcrew.nice-forum.net
K-T
Members
Members


Number of posts : 223
Age : 29
Localisation : KL
Registration date : 2007-03-30

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Aug 26, 2009 6:24 pm

rasanya tak perlu la quote overall citer dlm article kot..paste yg patut jerk.. lgpown article nier pnjg.. bazir ruangkan..huhuhu Smile

a'a nama abg apis tukar jd afieq, typing errow kot..huhuhu
Back to top Go down
View user profile
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: Article tentang NB   Wed Aug 26, 2009 9:29 pm

xleyh jd tue...
marabahaya laa...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Aug 27, 2009 12:45 pm

Tomok rindu nak balas kad raya peminat



Oleh SHAHRIL ADZRIN
JUARA One In A Million (OIAM) musim ketiga ini pernah meniti zaman kegemilangannya ketika popular bersama kumpulan New Boyz.
Malah dia juga pernah jatuh dari zaman popularnya sehinggakan dia menyepi dari dunia hiburan dalam masa yang agak lama.
Tomok semasa sidang akhbar TOP 3 OIAM menjelang final di
Grand Millennium Hotel, pada 27 April lalu.
- foto THE STAR oleh GLENN GUAN



Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan yang ditemui ketika majlis
berbuka puasa bersama media dan anak-anak yatim dari Baitul Kasih,
Sungai Buloh anjuran HotFm dan FlyFm di Kelab Golf Perkhidmatan Awam,
Petaling Jaya, menceritakan kenangan manisnya ketika menyambut ramadan
dan raya sewaktu mula menjadi artis.


"Sewaktu mula-mula Tomok jadi artis itulah kenangan paling manis semasa sambut ramadan dan raya.
"Boleh dikatakan kad raya berguni-guni Tomok dapat dari
peminat-peminat dan siap dapat baju raya dari peminat lagi. Kira
berjimat jugak la...


"Tapi sekarang ni suasana tu dah tak ada... yela, orang sekarang dah
tak main hantar kad raya, semuanya pakai emel, sms dan facebook.


"Kalau dulu, Tomok balas kesemua kad raya tu dengan cara Tomok
fotostat semua, kemudian Tomok akan tandatangan dan pos semula kepada
peminat.


"Kalau nak balas satu-satu, tak menang tangan Tomok. Tapi sekarang
dah senang, boleh balas pakai emel, sms dan facebook, cuma dah tak rasa
suasana balas kad raya je," kata selebriti yang berasal dari Rembau,
Negeri Sembilan ini.


Bagaimanapun Tomok turut merasakan perubahan yang terdapat pada
peminatnya yang dirasakannya semakin matang dan berubah mengikut
peredaran waktu.


Tomok juga bangga apabila kini peminat-peminatnya bukan sahaja
terdiri daripada bangsa Melayu, malah peminat dari bangsa Cina dan
India juga sudah mengenali dan meminati Tomok.


"Kalau masa zaman sekolah-sekolah dulu peminat Tomok kebanyakkannya
bila tengok buat persembahan mereka macam teruja, suka, tapi sekarang
Tomok lihat mereka dah matang, kalau mereka jumpa Tomok pun mereka cuma
kata nak minta tandatangan je.


"Tapi selepas Tomok masuk OIAM, peminat Tomok juga sudah bertambah
dan berubah. Kini kebanyakan peminat Tomok terdiri daripada golongan
yang bekerjaya.


"Malah hinggakan bangsa Cina dan India juga sudah mengenali dan
meminati Tomok," jelas penyanyi ini yang sibuk berada di studio rakaman
pada bulan puasa ini.


Menyentuh mengenai album solonya, Tomok sedang di dalam proses
rakaman lagu untuk albumnya yang mungkin akan dikeluarkan sebelum tahun
depan. Malah single kedua selepas single 'Rinduku Terhenti' juga akan
dikeluarkan pada bulan sembilan atau 10 ini.


"Album solo Tomok mungkin akan keluar dalam tujuh atau 10 lagu,
tetapi sekarang ni baru dua lagu dah di rakam. Konsep dalam album Tomok
nanti konsep Pop Rock, sama macam yang Tomok bawa masa dalam OIAM.


"Antara komposer yang terlibat Aubrey Suwito, Shazzy dan ada satu lagu disumbangkan oleh gitaris kumpulan New Boyz, Afiez.

"Album ini mungkin akan keluar sebelum tahun depan dan single kedua
Tomok juga akan keluar pada bulan sembilan atau 10 tetapi tajuk lagu
masih belum di fikirkan lagi," kata Tomok yang turut sibuk dengan
menghadiri jemputan majlis berbuka puasa setiap hari.


Ditanya harapannya pada album solonya nanti, Tomok mengatakan dia
berharap dapat mengeluarkan 10 lagu di dalam albumnya, namun dia hanya
bergantung kepada pasaran kelak.


"Harapan Tomok kalau boleh nak semua 10 lagu tersebut dikeluarkan
dalam satu album, tapi Tomok hanya bergantung kepada pasaran dan kalau
boleh jika keluar 10 lagu tu, biarlah semuanya berkualiti.


"Ini merupakan projek solo Tomok selepas OIAM, apa yag Tomok lihat
orang ramai inginkan sesuatu yang berlainan, jadi Tomok harap akan
berjaya," katanya.


Bagi Tomok yang pernah menyepikan diri ketika mengalami zaman
kejatuhannya, juga pernah berniaga kecil-kecilan di Banadr Tun Razak
bagi mengisi kekosongan masanya.


"Saya pernah berniaga jual ayam goreng berempah di Bandar Tun Razak,
saya yang memulakan perniagaan tersebut, tapi kini tiada siapa nak
menyambung perniagaan tersebut sebab Tomok pun semakin sibuk.


"Tapi Tomok rasa seronok sangat sebab Tomok pernah merasa berada di
atas, kemudian Tomok jatuh dan Alhamdulillah kini Tomok bangkit semula.


"Tomok harap biarlah kali ini ianya berterusan," jelas Tomok yang
akan beraya di kampungnya di Rembau, Negeri Sembilan pada tahun ini.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
beautipOOl
Members
Members


Number of posts : 81
Age : 30
Localisation : johOr BAhrU N Kedah
Registration date : 2009-07-24

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Aug 27, 2009 5:34 pm

KAdang2 kegagalAN mengajar KIte Erti kehiDupan...JAtuh BAngun Adat kehidupAn.....bGUn semula Untuk MEncapai impiAn....
semoga bErjaya NB n toMOk........

MEreka YAng gagaL adaLAh mereka YAng tidak BAngun semula Dari kegagaLAn....
Back to top Go down
View user profile
munirah
Members
Members


Number of posts : 506
Age : 24
Localisation : Punggol,Singapore
Registration date : 2007-03-20

PostSubject: Re: Article tentang NB   Thu Aug 27, 2009 10:23 pm

yok..kita antar tomok kad raya byk2..hahaha
Back to top Go down
View user profile
eylla89
Members
Members


Number of posts : 1447
Age : 27
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Aug 28, 2009 11:00 am

K-T wrote:
rasanya tak perlu la quote overall citer dlm article kot..paste yg patut jerk.. lgpown article nier pnjg.. bazir ruangkan..huhuhu Smile

a'a nama abg apis tukar jd afieq, typing errow kot..huhuhu

saje nk memenuhkn ruang..
nmpk mcm byk bende y kite sembang..
wahahaha..
saje gurau..
hehehe
Back to top Go down
View user profile http://www.5arifcrew.nice-forum.net
eylla89
Members
Members


Number of posts : 1447
Age : 27
Localisation : pee jay n sg petani, kdh
Registration date : 2007-06-14

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Aug 28, 2009 11:02 am

ain>>
mcm penah baca r artikel 2..
tpi x ingt ktne..
huhuhu
Back to top Go down
View user profile http://www.5arifcrew.nice-forum.net
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Aug 28, 2009 12:13 pm

eylla89 wrote:
ain>>
mcm penah baca r artikel 2..
tpi x ingt ktne..
huhuhu

baru jer kuar kat mstar..
lebih kurang je artikel tu ngan yg kat gua.com.my punye..
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
ain
V.I.Nbianz
V.I.Nbianz


Number of posts : 2505
Age : 27
Localisation : Pasir Gudang,Johor & UKM,Bangi
Registration date : 2007-03-23

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Aug 28, 2009 12:28 pm

Sukarnya bintang program realiti bersinar


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my



Rap
BUKAN mudah membina tapak dalam dunia seni tanah air apatah lagi mengekalkannya.
Justeru tidak hairan jika sebelum ini ramai artis baru kecundang
sebelum sempat meraih populariti. Fenomena populariti adakalanya naik
dan turun tetap menghantui mereka.


BUKAN mudah membina tapak dalam dunia seni tanah air apatah lagi mengekalkannya.

Justeru
tidak hairan jika sebelum ini ramai artis baru kecundang sebelum sempat
meraih populariti. Fenomena populariti adakalanya naik dan turun tetap
menghantui mereka.

Begitu juga dirasai dua juara program realiti, Shah Indrawan Ismail, 25, atau Tomok dan Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, atau Hafiz.

Masing-masing
tetap menganggap kejayaan memenangi program realiti satu kelebihan
namun bukan jaminan utama untuk terus mencipta nama dalam dunia seni
tanah air sebaliknya masih banyak perkara yang perlu ditekankan
termasuk komitmen dan usaha gigih untuk berjaya dalam setiap bidang
yang diceburi.

Tomok yang muncul juara program One In A Million
musim ketiga mengakui berdepan cabaran tersendiri dalam menyusun laluan
bergelar anak seni.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan
karier seninya disebabkan beberapa perkara, dia terpaksa menangguhkan
hasrat terbabit dalam lakonan dan menghasilkan album solo pertama.

"Setakat
ini album solo sudah hampir 40 peratus siap. Saya masih dalam proses
menyusun dan merakamkan lagu. Antara lagu yang sudah siap dirakam ialah
Berlari ciptaan Shazzy dan Kisah Kita oleh pemain gitar Newboys, Afiez.


"Masih menampilkan konsep pop rock yang cukup sebati dengan saya.

"Sepatutnya
album ini dijangka siap pada bulan ini namun disebabkan masalah
teknikal ia tidak dapat disiapkan. Begitupun, saya tidak terlalu
terburu-buru soal menyiapkan album solo ini.






innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "604";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";









"Tidak guna jika saya terlalu mengejarkan masa untuk menyiapkan
album daripada kualiti lagu itu sendiri. Jika tiada aral, album
dijangka berada di pasaran penghujung tahun ini," katanya.


















Tomok juga tidak menolak kemungkinan menghabiskan banyak masa di studio sepanjang Ramadan ini bagi menyiapkan album berkenaan.

Begitupun, aktiviti seni seperti majlis berbuka dan menjayakan persembahan tetap berlangsung seperti biasa.

Penyanyi
yang semakin popular dengan lagu Rindu Terhenti sepatutnya terbabit
dalam penggambaran filem Mantera awal Julai lalu namun atas masalah
tertentu filem berkenaan masih belum memulakan penggambaran.

"Saya sendiri tidak pasti apa yang tidak kena. Saya langsung tidak dimaklumkan pihak pengurusan mengenai filem itu," katanya.

Mengulas
persiapan menjelang perayaan Aidilfitri, Tomok memaklumkan seperti
biasa persiapannya dan keluarga diadakan secara sederhana.

Dia dijangka bercuti selama seminggu menyambut Syawal di kampung halaman di Rembau, Negeri Sembilan.

Adik
kepada seorang lagi bakat yang dicungkil daripada program realiti
Akademi Fantasia, Ismaliza Ismail atau Isma, 30, turut menyimpan impian
untuk berduet dengan kakaknya itu.

Begitupun disebabkan berlainan syarikat rakaman mereka terpaksa memikirkan beberapa perkara sebelum ia dapat dilaksanakan.

Begitu juga 'comeback' bersama kumpulan New Boys yang turut berada dalam perancangan Tomok selepas album solo selesai.

Bagi
Hafiz pula dia langsung tidak menganggap pencapaian menerusi program
realiti itu adalah jalan pintas untuknya tidak berusaha sebaliknya dia
tetap menganggap masih cetek pengalaman dalam dunia seni.

"Saya
masih belajar dalam dunia seni. Saya sebenarnya rasa bertuah kerana
mendapat kepercayaan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) sehingga
terhasil album Masih Jelas. "Bagi saya perjalanan dalam dunia seni
tidak bermakna tanpa sokongan daripada pihak pengurus dan terutama
sekali peminat.

"Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.
Saya pula masih di kategori pada tahap yang rendah. Ini berbeza
daripada artis yang sudah mencipta nama seperti Datuk Siti Nurhaliza
Tarudin atau Faizal Tahir," katanya.

Buat pertama kali Hafiz
mengharungi pengalaman baru berpuasa jauh daripada keluarga secara
tidak langsung melatih dirinya supaya lebih berdikari.

Dia bersyukur kerana sepanjang Ramadan rezeki menjayakan majlis berbuka puasa dan persembahan tidak pernah putus.

"Baru
saja minggu lalu saya dapat pulang ke kampung di Kuching, Sarawak untuk
menjalani penggambaran program, Uniknya Ramadan untuk siaran Astro.
Kesempatan menjalani penggambaran di sana memberi peluang kepada saya
untuk bercuti selama tiga hari di kampung.

"Alhamdulillah
undangan menjayakan persembahan sepanjang bulan ini tidak pernah
putus," kata penyanyi yang melonjak menerusi lagu Masih Jelas.

Tomok
dan Hafiz ditemui pada majlis berbuka puasa dan meraikan golongan
kurang bernasib baik dari Rumah Baitul Kasih, Sungai Buloh bertempat di
Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara anjuran Rangkaian Radio Media
Prima Berhad.
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ain_nbz
beautipOOl
Members
Members


Number of posts : 81
Age : 30
Localisation : johOr BAhrU N Kedah
Registration date : 2009-07-24

PostSubject: Re: Article tentang NB   Fri Aug 28, 2009 7:27 pm

thanx ain 4 the Information.....NAk anta kad raye,.,,...tapi alamt plak xder....seroNOk anta kad rayer nie....ala2 traditional....
Back to top Go down
View user profile
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sat Aug 29, 2009 2:32 am

btol tue...
misz presz leyh tlong bg alamat x???
hahahha
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
beautipOOl
Members
Members


Number of posts : 81
Age : 30
Localisation : johOr BAhrU N Kedah
Registration date : 2009-07-24

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sat Aug 29, 2009 2:11 pm

syura dpt alAmat Nie drpd ISma Site...BtOL KOt....doUble Check ea MIz presDnt.....

no 6, ApRtment Desa DAmaI.
PerSiarAn ALam DAmaI,
56000 ChERas, KL...
Back to top Go down
View user profile
are_yie
Members
Members


Number of posts : 290
Age : 26
Localisation : Newcastle,Kelantan
Registration date : 2007-12-26

PostSubject: Re: Article tentang NB   Sat Aug 29, 2009 4:29 pm

syura dpt alAmat Nie drpd ISma Site...BtOL KOt....doUble Check ea MIz presDnt.....

no 6, ApRtment Desa DAmaI.
PerSiarAn ALam DAmaI,
56000 ChERas, KL...

nie alamat abg toms ngan kak isma ea...
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/ngageboyz90
Sponsored content




PostSubject: Re: Article tentang NB   Today at 1:46 pm

Back to top Go down
 
Article tentang NB
View previous topic View next topic Back to top 
Page 7 of 8Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NB OFFICIAL FORUM :: NB FORUM :: Sejarah & Perkembangan NB-
Jump to: